SELANGOR FC menunjukkan kesungguhan mereka untuk meraih tiga mata penuh pada perlawanan menentang Sabah FC bagi saingan Liga Super ke-10 apabila sudah mula turun berlatih pada Ahad meskipun mood Aidlifitri menyelebungi perasaan masing-masing.
Di kala pasukan lain masih bercuti pada perayaan Aidilfitri, Selangor FC mengorbankan cuti raya mereka dengan hadir ke sesi latihan seawal Hari Raya kedua untuk kekal mendapatkan momentum terbaik sebelum bertandang ke Stadium Likas di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 27 April.
Perkara itu dikongsikan pada laman Facebook rasmi Gergasi Merah dengan menunjukkan beberapa gambar pemain pausan Lembah Klang itu ketika sesi latihan berserta kapsyen ‘Straight to work on Aidilfitri. No time to waste’.
Gergasi Merah akan berkunjung ke laman Sabah FC bagi saingan ke-10 Liga Super 2023.
Melihat kepada ketekunan tonggak Selangor yang sanggup melepaskan cuti raya demi lencana di dada, ramai penyokong menyifatkan mereka merupakan pemain profesional dan memuji tindakan tersebut.
“Perghhh cuti sehari saja... sangat profesional,” komen penyokong Selangor, Izzuddin Judin.
“Raya ke 2 dah turun training tinggal kan keluarga terbaik semua Selangor FC. Semoga kekal momentum kemenangan. Misi tiga mata. Selamat Hari Raya semua maaf zahir batin. Mickey Siiiuuuu,” kata seorang lagi penyokong, Azriazni Azri.
“Misi ke asia raya sudah habis untuk Selangor fokus,” kata penyokong Gergasi Merah, Ivan Chin.
Tidak kurang juga ada penyokong yang berpendapat anak-anak buah Tan Cheng Hoe itu gementar untuk berjumpa dengan skuad The Rhinos susulan musim ini pasukan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee memberi saingan sengit pada musim ini.
Walaupun skuad Gergasi Merah mendahuli lima mata iaitu dengan 22 mata namun ia bukan alasan untuk pasukan itu bersenang-lenang dan memakan lemang, sebaliknya lebih fokus untuk memberi ancaman kepada pasukan tuan rumah nanti.
Setakat ini, Gergasi Merah berada di kedudukan kedua liga dengan hanya dibezakan lima mata sahaja dari pendahulu liga, Johor Darul Takzim (JDT). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram