[VIDEO] 'What a goal!', Luqman Hakim buka akaun jaringan pertama bersama Njardvik FC


  • Podium
  • Jumaat, 21 Apr 2023

Tangkap layar jaringan gol yang dilakukan Luqman Hakim selepas menerima umpanan daripada rakan sepasukan.

PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin, membuka akaun jaringannya bersama Njardvik FC untuk membantu pasukan itu menewaskan KFA 4-1 dalam perlawanan pusingan 32 Piala Iceland pada awal pagi Jumaat.

Luqman Hakim melakukan penampilan pertamanya sebagai kesebelasan utama ketika menentang Augnablik dalam kejohanan sama pada 8 April lalu, lapor Stadium Astro.

Pemain yang dipinjamkan daripada kelab Belgium, KV Kortrijk, itu kali ini masuk sebagai pemain gantian bagi melakukan penampilan keduanya sebelum meledakkan jaringan dalam waktu kecederaan.

Sebagai rekod, Luqman Hakim, 21, menandatangani kontrak lima tahun bersama Kortrijk pada 20 September 2019 dan berhasil melakukan dua penampilan bersama skuad senior pasukan itu.

Dia kemudian memilih untuk menyertai kelab liga divisyen dua Iceland, Njardvik, pada awal Februari lalu untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan di peringkat senior. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram