"PERSEMBAHAN tidak bertenaga."
Itulah yang boleh digambarkan tentang persembahan anak-anak buah kendalian Frank Bernhardt ketika tewas dengan keputusan 1-6 menentang Sabah FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, Sabah pada Rabu.
Dua gol awal permainan pada minit ke-4 dan 11 yang dijaringkan oleh Daniel Ting menunjukkan Sabah FC berada di kelas tersendiri.
Anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee jelas menguasai permainan sepanjang separuh masa pertama yang mana menyaksikan skuad Sang Badak banyak memberi asakan ke kubu pasukan pelawat.
Bersambung babak kedua, Kelantan cuba melakukan kejutan apabila Miguel Cifuentes berjaya melakukan rembatan deras ke dalam gawang gol pasukan Sabah.
Kesebelasan utama Kelantan FC.
Namun Sabah tidak mendiamkan diri apabila menambah kekecewaan skuad The Red Warriors (TRW) dengan dua jaringan oleh Dominic Tan pada minit ke-48 dan Baddrol Bakhtiar minit ke-61.
Sebelum tamat perlawanan, Stuart Wilkin menghadiahkan gol roket menerusi sepakan voli pada minit ke-75, manakala Telmo Castanheira mematikan perlawanan dengan jaringan pada minit ke-90.
Kedudukan 1-6 tamat kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Kelantan mencatat kekalahan ketujuh dalam Liga Super.
Kesebelasan utama Sabah FC.
Memasuki perlawanan kesembilan, Kelantan masih lagi gagal menemui rentak kemenangan walaupun merekrut jurulatih baharu.
Kekalahan tersebut nyata mengundang rasa tidak puas hati penyokong Kelantan terhadap pemain-pemain TRW yang didakwa hanya setaraf Liga M3.
"Baik tarik diri sahaja Kelantan FC ini, semua level Liga M3 main," kata Maaroff Zahari.
"1-6, penjaga gol yang menjatuhkan mental pemain-pemain lain," ujar Daniel Fitri.
Keputusan perlawanan di antara Sabah FC dan Kelantan FC.
"Kualiti pemain Kelantan semua level liga kampung," jelas Muhd Amirul.
"Lawan Manjung City FC bolehlah, Kelantan FC ini, semua pemain taraf Liga M3 sahaja," luah Sazuki Awang.
Selepas ini Kelantan akan bertemu Perak di halaman sendiri pada Jumaat.
Manakala Sabah akan melayani kunjungan Selangor FC bagi memastikan tiga mata penuh di halaman sendiri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram