Heboh kenapa bintang TFC tak asak kapten Selangor, fans ramal bakal ikut jejak Faisal Halim


  • Podium
  • Khamis, 20 Apr 2023

Kesebelasan utama TFC ketika berdepan Selangor FC pada Selasa. — Facebook/TFC

TERENGGANU FC (TFC) gagal meneruskan rentak kemenangan selepas dibenam Selangor FC dengan jaringan 1-5 dalam perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Sebelum perlawanan menentang Selangor, TFC berjaya mendapatkan tiga kemenangan dalam tiga perlawanan Liga Super dan Piala FA dengan satu bolos.

Dalam perlawanan itu, pada minit ke-80 terjadinya satu pertembungan di antara Mukhairi Ajmal (Selangor) dan Azam Azmi (TFC) yang menyaksikan kapten Selangor itu mudah menewaskan pemain TFC sekali gus menghasilkan jaringan kelima.

Teknik bertahan Azam Azmi itu nyata mengundang rasa tidak puas hati penyokong Sang Penyu yang mendakwa perkara itu disengajakan olehnya.

Penyokong TFC mendakwa pemain berusia 22 tahun itu bakal menyertai skuad Tan Cheng Hoe musim depan disebabkan itu dia tidak memberikan asakan kepada Mukhairi.

Azam Azmi ketika mewakili skuad kebangsaan dalam Piala AFF pada 2022. — Facebook

"Banyak kesilapan yang tak sepatutnya dilakukan oleh pertahanan TFC, penyerang pula tidak berupaya mencari peluang untuk menjaringkan gol.

"Bahagian tengah tak berfungsi, coach perlu perbaiki apa yang patut," kata Alias Sulaiman.

"Season lepas Faisal Halim main teruk lawan Selangor sebab nak main dengan Selangor, sekali jadi betul," ujar IR Thermographer.

"Ada rumours Selangor FC nak sign Azam Azmi musim ini tapi tak berjaya," jelas Muhd Firdaus.

Azam Azmi (kiri) ketika diasak oleh Faisal Halim (kanan). — Facebook/TFC

Azam Azmi musim ini melakukan sembilan penampilan bersama TFC dan berjaya memberikan satu bantuan gol.

Bulan lalu pemain pertahanan ini berjaya membantu skuad muda negara menjuarai kejohanan empat penjuru Piala Merlion 2023 selepas menewaskan Hong Kong 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Sekali gus menyaksikan pasukan bawah 22 tahun (B-22) negara memberi amaran awal mereka akan tampil lebih 'mengaum' di temasya Sukan Sea Kemboja pada Mei nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram