"HADI Fayyadh ini elok main defender saja."
Itu luahan penyokong selepas Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak gagal menjaringkan sebarang gol buat Perak FC dalam sembilan perlawanan Liga Super.
Hadi Fayyadh yang sebelum ini berkelana ke Jepun selama empat tahun masih belum mampu membuktikan pengalamannya bermain di negara matahari terbit itu.
Di Jepun, Hadi Fayyadh mewakili dua pasukan iaitu Fagiano Okayama dan Azul Claro Numazu yang bermain dalam liga bola sepak divisyen dua dan tiga Jepun.
Selepas empat tahun beraksi di Jepun, Hadi Fayyadh mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air dan menyertai revolusi skuad The Bos Gaurus di bawah kendalian Datuk Lim Teong Kim.
Meskipun hadir ke Perak FC dengan prestasi yang besar, namun Hadi Fayyadh masih lagi gagal membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang buat pasukan itu.
Pemain-pemain Perak FC ketika perlawanan menentang Negeri Sembilan FC pada Rabu.
Malah penyokong-penyokong skuad Seladang mula beri cadangan agar Hadi Fayyadh ditukarkan ke posisi lain supaya mereka tahu akan kewujudannya di atas padang.
"Hadi Fayyadh itu patut turun ke Perak II, tukar dengan Hakimi Isa," kata Agusswani Abdul Halim.
"Patutlah dulu dekat Jepun duduk bangku simpanan sahaja, Perak dah kena 'scam'," ujar Putra JR.
"Tak layak jadi penyerang, lemah lembut sangat nak main bola," luah Harun Para.
"Hadi ini elok bagi main dengan pasukan bola sepak wanita sahaja," jelas Ulaga Nathan.
Dalam sembilan perlawanan bersama Perak, Hadi Fayyadh hanya mampu melakukan dua assist dan masih lagi belum menjaringkan gol pada tahun ini.
Sepanjang karier sebagai pemain bola sepak Hadi Fayyadh memulakan karier bola sepak di akademi Frenz United sebelum menyertai Johor Darul Takzim (JDT) selama dua tahun.
Selepas tidak menyambung kontrak bersama JDT, Hadi Fayyadh berhijrah ke Jepun sebelum pulang semula ke tanah air untuk bersama Perak FC pada musim 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram