Bekas pemain JDT jadi wira tak didendang terbaru Sang Badak


  • Podium
  • Jumaat, 21 Apr 2023

Skuad Sang Badak kembali ke landasan kemenangan selepas menundukkan Kelantan FC 6-1 di laman sendiri. — Facebook/Sabah FC

PERTAHANAN sayap Sabah FC, Daniel Ting membuktikan bahawa dia mampu menjadi seorang yang cukup penting dalam menentukan masa depan pasukan Borneo itu.

Pemain kelahiran Cheshire, England tersebut sekali lagi muncul sebagai watak penting ketika skuad Sang Badak menang ke atas Kelantan FC 6-1 di Stadium Likas, Sabah pada Rabu.

Dua gol yang dijaringkan ketika awal permainan memastikan Sabah FC mengawal pertembungan berkenaan, sekali gus membantu mereka mengumpul tiga mata penuh.

Setakat lapan penampilan Liga Super, Daniel sudah menjaringkan empat gol selain mencipta dua bantuan jaringan dengan mereka menduduki tangga keempat ketika ini.

Bagi ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, peningkatan memberangsangkan pemain berusia 31 tahun itu sememangnya suntikan terbaik buat jentera serangan pasukan.

"Taktik yang diguna pakai kami membolehkan Daniel bergerak ke hadapan serta memberi kesan kepada benteng pertahanan lawan. Aspek pertahanannya juga cukup baik.

"Selain itu, ketinggian dan struktur fizikalnya cukup baik setiap kali kami berada dalam situasi bola mati, jadi kami cukup gembira untuk melihatnya menjaringkan gol," kata Kim Swee.

341710028_990072201993557_1084371769820110405_n

Daniel Ting (merah) ketika menjaringkan gol dalam aksi antara Sabah FC dan Kelantan FC. — Facebook/Sabah FC

Dalam aksi menentang skuad The Red Warriors (TRW), Daniel menjaringkan gol pada minit keempat dan ke-11 sebelum pasukan pelawat cuba merapatkan jurang pada minit ke-46 menerusi Miguel Cifuentes.

Bagaimanapun, Sabah FC beraksi dengan cukup cemerlang pada babak kedua dengan terus mengasak kubu lawan, sekali gus mampu meraih gol menerusi Dominic Tan, Baddrol Bakhtiar, Stuart Wilkin dan Telmo Castanheira.

Pencapaian cemerlang itu pastinya satu perkara positif buat skuad kebangsaan yang sedang mencari pelapis kepada bek kiri dengan Corbin Ong merupakan satu-satunya pilihan terbaik. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram