Brendan Gan, Paulo Josue teruja beraksi di Terengganu bersama Harimau Malaya


  • Podium
  • Khamis, 20 Apr 2023

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu. — Facebook

AKSI persahabatan Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon dan Yaman di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu mendapat reaksi positif daripada pemain kebangsaan.

Pemain naturalisasi, Paulo Josue menyifatkan perlawanan di Pantai Timur itu merupakan perkara baru dan akan memberikan kelainan, lapor Stadium Astro.

Skuad kebangsaan yang sudah biasa bermain di Stadium Bukit Jalil sebelumnya pasti mahukan suasana berbeza selain menyesuaikan diri di pelbagai tempat menjelang Piala Asia 2023.

"Saya berasakan ia sesuatu yang menarik. Ia memberikan peluang buat penyokong di Terengganu turun ke stadium menyokong skuad kebangsaan.

"Menghadirkan pengalaman menyaksikan aksi skuad kebangsaan di sana (Terengganu) dan berharap keputusan positif diperoleh di sana," kata Josue.

WhatsApp Image 2023-04-20 at 4.31.50 PM

Brendan Gan (kiri) dan Paulo Josue (kanan).

Dalam pada itu, kapten pasukan Selangor FC, Brendan Gan berkata, fasiliti dan kondisi padang di Terengganu merupakan salah satu yang terbaik di negara ini, selain tidak anggap ia satu beban buat pemain yang akan menerima panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan kedua.

"Terengganu memiliki gelanggang yang cukup baik. Namun siapa yang bakal dipanggil beraksi, mereka perlu menghadirkan permainan terbaik dan mendapatkan keputusan positif," kata Brendan. Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram