'Terlalu berat, tak laju', fans Penang idam ex import Kelantan ganti kapten Myanmar


  • Podium
  • Rabu, 19 Apr 2023

Zaw ketika mewakili skuad kebangsaan Myanmar. — Facebook/Myanmar FA

BELUM lagi tamat pusingan pertama Liga Super, nampaknya penyokong Penang FC sudah mahu pihak pengurusan menukar pemain import mereka dengan serta-merta.

Antara pemain yang diminta untuk diganti oleh penyokong ialah Zaw Min Tun dari Myanmar yang mengisi slot kuota import Asean.

Musim ini, kapten skuad kebangsaan Myanmar itu tampil dalam 11 perlawanan bersama Penang FC dalam semua kejohanan Liga Malaysia.

Sepanjang empat musim lalu, karier Zaw banyak bertumpu di Thailand, antara pasukan yang disertainya di sana ialah Chonburi FC, Sukhothai FC, Trat FC sebelum kembali semula bersama Chonburi FC.

Zaw menyertai Penang FC pada Disember 2022. — Facebook/Penang FC

Walaupun mempunyai rekod baik bersama kelab sebelum-sebelum ini, nampaknya Zaw masih belum mampu memikat hati penyokong Penang apabila majoriti penyokong di media sosial mereka mahu dia ditukarkan segera.

Malah, nama Carli de Murga dicanang sebagai pengganti terbaik untuk mengisi slot kuota import Asean.

"Zaw Min Tun berat dan lambat, tak macam Rafael Vitor dengan Khairul Akmal keras laju. Carli de Murga saiz dengan laju itu ada," kata Mohamad Zul Helmi.

"Harap jangan turunkan dia, boleh turunkan Khairul Akmal lagi bagus," ujar Arjat Penang.

"Zaw Min Tun kalau ganti dengan Carli de Murga pun sedap juga, musim ini nampak dia teruk sebab main dengan Kelantan yang dah teruk," jelas Fikri Hafiz.

De Murga dilepaskan oleh pihak pengurusan Kelantan FC. — Facebook/TRW Kelantan FC

Sebelum ini, pemain import dari Filipina, Carli de Murga dikhabarkan telah membuat keputusan untuk meninggalkan kelabnya yang sedang dilanda krisis ketika ini iaitu TRW Kelantan FC.

Carli menjadi bualan peminat apabila dia tidak diturunkan pada aksi Liga Super 2023 menentang juara bertahan iaitu Johor Darul Takzim (JDT) pada Mac lalu.

Kelantan FC dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, pemain itu telah menamatkan kontrak lebih awal menerusi persetujuan bersama.

Selain De Murga, Cristian Rotini turut dilepaskan oleh Kelantan ini menjadikan barisan import yang masih kekal bersama The Red Warriors (TRW) ialah Nuha Marong, Mario Argues, Miguel Cifuantes, Ismail Akinade, Kim Ming Kyu, Kang Eui Chan dan Leonardo Rolon. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram