KESILAPAN benteng pertahanan PDRM FC yang kerap membuat kesilapan di awal permainan di kawasan mereka sendiri memberi ruang kepada Johor Darul TaKzim (JDT) untuk mendahului dengan dua jaringan oleh Bergson Da Silva.
Aksi Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Johor itu juga menyaksikan kealpaan skuad Sang Saka Biru memakan diri apabila JDT terus menggandakan kelebihan menerusi sepakan penalti Leandro Velazquez pada minit ke-27 permainan.
Penalti berkenaan diberikan pengadil selepas didapati pemain sayap Harimau Selatan, Akhyar Rashid dikasari menerusi gerakannya yang licik dan mengelirukan pemain lawan.
Tetapi, apa yang menarik perhatian ramai tentang posisi yang dimainkan Akhyar ketika pusingan kedua Piala FA itu pada Jumaat, yang mana dia banyak berada di kawasan pemain penyerang.
Sebagaimana yang kita semua tahu, penyerang sayap berusia 23 tahun itu merupakan pemain yang sering melakukan larian pantas dan gemar melakukan menggelecek di kawasan pertahanan lawan dalam situasi satu lawan satu.
Walaupun baru pertama kali diletakkan di bahagian hadapan, dia dapat beraksi cukup yakin apabila bergandingan dengan baik bersama Bergson serta Arif Aiman Hanapi.
Akhyar diturunkan dengan satu aksi memukau di laman sendiri ketika bertemu PDRM FC. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Itu dibuktikan melalui dua jaringan penalti yang dimiliki Harimau Selatan itu yang berpunca daripada Akhyar apabila dia dikasari didalam kawasan penalti PDRM.
Sementara itu, kebijaksanaan Arif Aiman dalam membuat keputusan tepat dalam melakukan hantaran semakin kemas dan terus meningkat saban tahun.
Lihat sahaja bagaimana jaringan pertama hantarannya yang berjaya dijaringkan Bergson setelah dirinya berada dalam kawasan penalti sebelah kiri Sang Saka Biru.
Arif membuat keputusan melakukan hantaran ke bahagian ‘far post’ setelah melihat kedudukkan penjaga gol PDRM di bahagian ‘near post’ kerana situasi itu penjaga gol hanya menutup pintu gol bahagian depan sahaja.
Secara keseluruhannya, dua pemain muda, iaitu Akhyar dan Arif berjaya mempamerkan prestasi yang konsisten sepanjang perlawanan walaupun Akhyar jarang diturunkan oleh pengendali pasukan, Esteban Solari sebagai pemain utama.
Namun, pemain ini membalasnya dengan aksi yang cemerlang dengan dua umpanan daripadanya berjaya membawa dua jaringan melalui penalti yang dijaringkan Bergson dan Leandro Valazquez.
Sikap yang positif ditonjolkan Akhyar harus diberi pujian kerana dia sentiasa akan memberikan yang terbaik serta membalas kepercayaan jurulatih dengan lakaran kemenangan dengan catatan selalu penjaring atau pengumpan. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram