Pandai-pandai saja kata gaji saya RM80,000 — Faisal Halim


  • Podium
  • Ahad, 16 Apr 2023

Arif Aiman (kiri) dan Faisal Halim merupakan pemain yang bermain di posisi sayap. — Facebook

SALAH seorang pemain muda terbaik dalam negara ketika ini, Arif Aiman Hanapi dikhabarkan menerima gaji baharu bersama kelabnya iaitu Johor Darul Takzim (JDT).

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Arif Aiman menerima gaji baharu sebanyak RM25,000 berbanding RM12,000 sebelum ini.

Jumlah itu berbeza dengan beberapa pemain tempatan di dalam pasukan lain yang difahamkan ada yang mencecah RM80,000.

Di media sosial, ada laman penyokong yang mendakwa gaji berjumlah RM80,000 itu dibayar kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim.

IMG_9296

Tangkap layar perkongsian Zulhelmi. — Twitter

Laman penyokong Harimau Selatan X dalam satu berkongsian berkata, JDT tak perlu membayar gaji setinggi RM80,000 sebulan kepada pemain seperti mana Selangor membayar kepada Faisal Halim bagi menghasilkan pemain dengan kualiti permainan bermutu tinggi.

"Dua pemain muda JDT, Arif Aiman dan Feroz Baharudin walaupun tak dibayar gaji RM80,000 sebulan namun masing masing berjaya mencatat satu assist dam satu jaringan gol pada perlawanan bertemu Kedah tempoh hari," tulisnya.

Perkongsian yang dibuat itu mendapat jawapan balas di ruang komen daripada Faisal Halim sendiri.

Bekas pemain sayap lincah Terengganu FC itu menerusi akaun Facebook rasminya menafikan menerima bayaran gaji sehingga RM80,000 di skuad Gergasi Merah musim ini.

"Pandai-pandai saja. Hahahahaha (kalau gaji) 80k, saya dah pakai kereta harga 500k-600k dah," katanya.

WhatsApp Image 2023-04-16 at 16.47.45

Tangkap layar komen Faisal Halim di Harimau Selatan X. — Facebook

Di transfermarkt.com, Faisal mencatatkan nilai pasaran terkini iaitu 300,000 Euro yang bersamaan dengan RM1.46 juta.

Arif Aiman pula bernilai 400,000 Euro (RM1.95 juta). Kedua-dua data pemain tersebut dikemas kini setakat 16 Oktober 2022.

Faisal dan Arif Aiman merupakan pemain sayap di kelab masing-masing dengan Faisal di posisi kiri manakala Arif Aiman di posisi kanan.

Kedua-duanya juga merupakan pemain skuad Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram