Safawi kurang selesa di Ratchaburi, kalau boleh nak balik Liga M — TMJ


  • Podium
  • Ahad, 16 Apr 2023

Safawi dikhabarkan kurang selesa bermain di bumi Gajah Putih pada awal musim ini. — Facebook/ Ratchaburi FC

DESAS-DESUS bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan kian bertiup kencang selepas pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyentuh mengenai perkara berkenaan.

Tunku Ismail dalam satu pertemuan bersama Exco Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada Sabtu bertitah, pemain penyerang yang kini dipinjamkan kepada kelab Ratchaburi FC di Liga 1 Thailand untuk tempoh semusim dikhabarkan tidak 'selesa' bermain di bumi Gajah Putih itu.

"Saya ada berhubung dengan dia (Safawi) dan saya rasa dia tidak begitu selesa di sana (Ratchaburi). Kita tengok macam mana sebab perkara yang dia nak pergi secara pinjaman ini bukan saya yang hantar dia, dia yang nak pergi dan kami hanya beri kerjasama kepada Safawi.

"Buat masa ini, belum ada kata putus lagi kalau dia nak balik ke tidak tetapi kita tahu dia kurang selesa di sana dan adalah ura-ura yang mengatakan kalau boleh dia nak balik ke sini," titah Tunku Ismail menerusi audio dikongsikan SAM kepada media pada Ahad.

Safawi Rasid in his new kit after being unveiled by his new club Portimonense SC on Wednesday. - PHOTO BY PORTIMONENSE

Safawi pernah dipinjamkan ke kelab Portimonense SC selama tiga bulan pada hujung 2021.

Bagaimanapun, Tunku Ismail memaklumkan JDT belum berhubung secara rasmi dengan Safawi mengenai sama ada dia mahu kembali atau tidak ke kancah Liga Malaysia (Liga M).

"Kita tengok dahulu, saya pun tiada kata putus. Saya belum buat keputusan dan saya sendiri belum dapat hubungi dia secara terus," titah Tunku Ismail.

Safawi yang menyertai JDT dari Terengganu FC II pada Januari 2017, sebelum ini pernah dipinjamkan ke kelab di divisyen utama Portugal, Portimonense SC selama tiga bulan pada hujung 2021.

Dia membuat keputusan untuk berkelana ke Thailand dengan menyertai Ratchaburi sejak Disember lepas. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram