PENYERANG berbisa Johor Darul Takzim (JDT), Bergson da Silva, memberi kata dua kepada PDRM FC apabila pasukannya sekali lagi berentap dengan lawan yang sama, pada Rabu depan dalam perlawanan Liga Super, lapor Stadium Astro.
"PDRM perlu bermain bola sepak, bukannya UFC sebab perkara paling indah ialah bola sepak.
"Saya baru kembali bermain selama penuh selama 90 minit selepas sekian lama.
"JDT sentiasa melangkah masuk ke padang untuk menang.
"Sekali lagi kami akan bertembung Rabu depan dan Liga Super amat penting buat JDT.
"Sudah pasti ada banyak lagi aspek yang perlu kami perbaiki," katanya sejurus wisel penamat.
Bergson meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan. — Facebook/JDT
Ia sejurus selepas JDT membenam Sang Saka Biru 3-0 dalam pertembungan Piala FA yang dicemari insiden kekasaran dan Bergson turut mendedahkan tindakannya mengorbankan peluang meledak hatrik, pada Jumaat.
"Bagi saya, tiada apa yang lebih penting selain kelab.
"Andai kelab gembira maka saya juga akan gembira," katanya. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram