Calon pemain terbaik Liga Super ini mampu bantu 3 pasukan mantapkan angka bolos


  • Podium
  • Khamis, 13 Apr 2023

Calon-calon pemain terbaik Liga Super bagi edisi Februari dan Mac 2023. — Facebook/PFAM

SERAMAI lima pemain tersenarai bagi anugerah Pemain Terbaik Liga Super bagi edisi Februari dan Mac 2023 anjuran Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

Lima pemain menjadi pilihan panelis PFAM selepas menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Super bersama kelab masing-masing setakat enam perlawanan yang dihadapi.

Dua pemain JDT, tercalon dalam anugerah Pemain Terbaik Liga Super manakala tiga baki pemain ialah dari Sabah FC, Selangor FC dan PDRM FC.

Pemain-pemain tersebut adalah Arif Aiman, Fernando Forestieri (JDT), Faisal Halim (Selangor FC), Park Tae-su (Sabah FC) dan Ramadhan Hamid (PDRM FC).

Pemain yang paling mengejutkan ialah Ramadhan apabila berada dalam kelab kerdil tapi mampu tersenarai dalam anugerah bulanan PFAM.

Persembahan Ramadhan di pintu gol nyata jadi penyebab mengapa PDRM berjaya memberikan saingan kepada pasukan-pasukan lain dalam Liga Super.

Mencatatkan ‘clean sheet’ ketika bertemu Perak dan Kedah, jelas sekali pemain ini adalah bintang terbaik PDRM pada bulan ini.

Dengan persembahan yang menakjubkan bersama PDRM FC pastinya khidmat Ramadhan akan ditagih banyak pasukan menjelang jendela perpindahan kedua Liga Super.

Tiga pasukan yang boleh menandatangani Ramadhan pasukan bagi memperbaiki angka bolos pada Julai nanti.

Perak FC

Pemain-pemain Perak FC kecewa selepas dimalukan oleh JDT di halaman sendiri baru-baru ini. Facebook/Perak FC

1. Perak FC

Skuad kendalian Datuk Lim Teong Kim, Perak FC musim ini bolos 16 gol selepas lapan perlawanan, ini menyaksikan skuad Seladang tergolong dalam tiga pasukan paling banyak bolos.

Mungkin kemasukan Ramadhan boleh membantu mengurangkan defisit gol yang sedang dihadapi oleh pasukan Perak.

Meskipun membawa masuk Bryan See pada musim ini namun masih belum menunjukkan impak positif dalam skuad Seladang.

TRW

Kesebelasan utama Kelantan ketika menentang Terengganu FC. Facebook/Kelantan FC

2. TRW Kelantan FC

Pasukan The Red Warrior (TRW) yang sedang mengalami kemerosotan prestasi kini sedang mendapat kritikan penyokong Kelantan sehingga ada yang mahu pemilik Norizam Tukiman berundur dari pasukan.

Selain masalah luar padang, Kelantan turut menerima nasib malang di dalam padang apabila menjadi pasukan kedua tercorot di dalam Liga Super selepas lapan perlawanan.

Meskipun melengkapkan sembilan kuota import Kelantan masih gagal bersaing dengan pasukan-pasukan yang bersaing di dalam Liga Super.

Mungkin kehadiran Ramadhan ke dalam pasukan Kelantan mampu memberikan sedikit impak positif, pemain ini juga tidak asing lagi bersama TRW.

Ini kerana dia pernah mewakili Kelantan FC pada 2016 sehingga 2018.

Penang FC

Pemain-pemain Penang FC. Facebook/Penang FC

3. Penang FC

Walapun sedang mula beraksi baik sejak diambil alih oleh Manzoor Azwira, pengurusan Penang harus mengambil peluang untuk membawa Ramadhan ke dalam pasukan mereka.

Jika pasukan sering beraksi baik tapi gagal mempertahankan gawang daripada dibolosi akan memberikan kesan negatif buat pemain.

Penang FC pada musim ini turut tersenarai antara pasukan yang paling banyak bolos iaitu 15 gol dengan kehadiran Ramadhan mungkin boleh menghalang skuad Harimau Kumbang terus menambah jaringan bolos yang banyak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram