Piala FA: 'Battle of Midfield', aksi Selangor-Sri Pahang jadi penentu siapa 'king' dalam padang


  • Podium
  • Khamis, 13 Apr 2023

Agyarkwa (kiri) dan Azam Azih (kanan) pastinya menjadi tumpuan penyokong pada aksi Piala FA itu. — Facebook/MFL

"BATTLE of midfield."

Itulah pandangan oleh seorang penyokong bola sepak berkenaan perlawanan di antara Selangor FC dan Sri Pahang FC dalam aksi pusingan kalah mati Piala FA yang akan berlangsung pada Sabtu.

Aksi itu dijangka menjadi tumpuan seluruh penyokong bola sepak kerana sebelum ini skuad Gergasi Merah pernah menghampakan Sri Pahang FC dengan jaringan lewat menerusi tandukan Brendan Gan dalam perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, Selangor pada 5 Mac.

Menerusi perkongsian laman Facebook Selangor Fanatik Official, mereka mendedahkan dua pemain tengah akan menjadi duri dalam daging buat Selangor jika anak-anak buah kendalian Tan Cheng Hoe tidak fokus dan berwaspada setiap serangan Tok Gajah kali ini.

"Menentang Sri Pahang ini, barisan pemain tengah mereka seolah-olah dipandang 'sepi' tetapi agak berbisa.

"Satu titik yang perlu barisan pertahanan waspada ialah gandingan Stefano Brundo dan Azam Azih.

"Kalau dikaji bagaimana dua pemain ini 'roaming' di tengah, ia boleh jadi satu tugas yang menarik," katanya.

340562200_603594478091074_7634599661370768643_n

Brundo kini menjaringkan lima gol dalam lapan perlawanan Liga Super. — Facebook/Sri Pahang

Stefano Brundo asalnya seorang pemain pertahanan kini merupakan penjaring terbanyak buat skuad Tok Gajah dengan lima gol dalam lapan perlawanan Liga Super.

Malah, pemain kelahiran Argentina itu turut menyumbang satu gol dalam kejohanan Piala FA yang menyaksikan secara keseluruhannya enam gol sudah dijaringkan oleh Brundo.

Manakala Azam Azih pula menyumbangkan tiga bantuan gol dalam semua kejohanan Liga Malaysia musim ini.

Brendan Gan, Noor Al-Rawabdeh, Mukhairi Ajmal, Alex Agyarkwa dan Yohandry Orozco pastinya bakal menjadi tumpuan penyokong Gergasi Merah untuk melihat siapa bakal mengetuai jentera tengah pasukan.

332716033_3553294948237493_7670258238103482711_n

Perlawanan Liga Super di antara Selangor dan Sri Pahang pada awal Mac lepas. — Facebook/MFL

Malah, penyokong Selangor turut bersetuju kehadiran dua pemain ini akan memberikan ancaman di kubu pertahanan Gergasi Merah jika tidak pemain bermain dengan sambil lewa.

"Dari segi kualiti pemain kita lebih mantap tapi hati-hati, Brundo itu bahaya, gandingan dia dengan Azam memang padu, chemistry pun baik," kata Aziq Nabil.

"Azam Azih punya long ball passing cukup berbahaya, tepat ke kaki striker," ujar Mohd Yusri Bowtaq.

"Pasukan Selangor FC kena 'exploit' taktikal parking bas Sri Pahang," jelas Ahmed Muiz.

Pemenang aksi Selangor-Sri Pahang di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, Selangor itu bakal mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram