'Short-term thinking' bunuh ruang proses bola sepak, fans kata KPI Kelantan FC tak realistik


  • Podium
  • Khamis, 13 Apr 2023

Bernhardt (kanan) bersama Rezal (kiri) dalam sesi latihan skuad TRW pada Sabtu. — Facebook/Kelantan FC

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali Zamsaham menjawab beberapa persoalan tentang pasukannya termasuk perlantikan Frank Bernhardt.

Zamsaham menyatakan bahawa dia melakukan perubahan dalam struktur kejurulatihan sebagai tanda dia cintakan bola sepak Kelantan.

Dalam satu temubual bersama Astro Arena, Zamsaham mahu melihat peningkatan prestasi di bawah pengendali baharu.

“Saya kata kepada Frank Bernhardt, kamu ialah jurulatih profesional, saya tahu kerja kamu di UiTM FC, jadi saya beri dia sasaran pasukan dan harap dia dapat capai.”

“Jadi kalau dia tak capai KPI kita terpaksa tukar, normal, takkan tak capai saya buat tak tahu sampai habis perlawanan.

“Dalam kontrak Berhardt, kalau dia kalah 5 kali, maka kita akan tukar," jelas Zamsaham kepada Astro Arena.

Zamsaham mengakui bahawa persetujuan tentang perkara itu sudah dicapai dengan Bernhardt.

Sambil menegaskan, tidak boleh menunggu sampai kalah 10 kali baru nak tukar jurulatih kerana itu akan membuatkan sepanduk bantahan dengan ada namanya di situ akan lebih besar.

Namun tindakan yang dibuat oleh pihak pengurusan Kelantan FC itu mendapat kritikan daripada penyokong bola sepak dengan ada yang mengatakan cara tersebut tidak realistik.

Tangkap layar ciapan Keesh di Twitter.

Menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Keesh atau lebih dikenali sebagai @Keeshmatstats memuat naik satu ciapan pandangan peribadinya berkaitan isu bakal tukar jurulatih sekirannya mengalami lima kekalahan.

"Yang letak dalam kontrak pun satu dan yang terima kontrak pun satu.

"Antara pandemik dalam bola sepak kita adalah instant gratification, semua benda nak dapat sekarang, semua benda nak tengok hasil cepat.

"Short-term thinking itu yang membunuh segala ruang untuk proses," katanya di Twitter.

frank-bernhardt_1

Bernhardt ketika membimbing UiTM FC. Stadium Astro

Dalam pada itu, kenyataan yang dibuat oleh Keesh turut senada dengan penyokong lain yang menyatakan klausa di dalam kontrak itu sebagai mengarut dan tidak realistik bagi jurulatih baharu.

"Nak letak KPI tak salah tapi kena realistik, macam kes Kelantan sebagai contoh, realistik KPI bagi saya ialah tidak keciciran mata dengan pasukan dari Liga Perdana," kata @Fadhadlamya.

"Itulah masalahnya dengan bola sepak kita, semua nak instant success, dari pengurusan sampai ke penyokong," ujar @Shahazree91.

"Dalam kes ini, saya respect pengurusan Perak, mereka tak letak tekanan di bahu Lim Teong Kim, sebab mereka tahu apa yang mereka dapat dengan pelaburan yang sudah dibuat," @MrClouseau. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram