'Kelab kami bukan penjara', TMJ respons khabar angin perpindahan Arif Aiman ke luar negara


  • Podium
  • Khamis, 06 Apr 2023

TMJ menegaskan tiada sebarang tawaran buat Arif Aiman. — Facebook/ JDT

"SETAKAT ini tiada tawaran daripada mana-mana kelab."

Itulah kenyataan pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) bagi menjawab khabar angin yang menyatakan Arif Aiman bakal berhijrah ke luar negara.

Kenyataan itu dimuat naik dalam satu video menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada Khamis.

Menurut TMJ, setakat ini tiada tawaran diterima daripada mana-mana pasukan dan kelab itu tidak mempunyai masalah untuk melepaskan Arif Aiman beraksi di luar negara.

"Buat masa ini, kami tidak ada terima mana-mana tawaran tetapi tanggungjawab saya sebagai pemilik kelab adalah jelas, iaitu saya bertanggungjawab dengan nilai komersial kelab dan kejayaan kelab di dalam padang.

"Kalau ada siapa-siapa nak, bagi duit tawaran yang boleh memberi JDT manfaat daripada pendapatan tersebut.

339298888_1204451176862618_4981199132112279258_n

Arif Aiman dilaporkan sedang diintai beberapa kelab dari Jepun dan Korea Selatan. — Facebook/ JDT

"Kelab kami bukan penjara, sesiapa sahaja boleh keluar dari sini," katanya.

Sebelum ini, Arif Aiman dilaporkan sedang diintai beberapa kelab dari Jepun dan Korea Selatan selepas mereka terpikat dengan bakat pemain berusia 20 tahun itu.

Kelab Liga 1 Jepun (Liga J), Kashiwa Reysol, dikatakan antara kelab yang berminat untuk merekrut Arif Aiman, yang kini sudah meledak empat gol dan empat bantuan gol dalam saingan Liga Super musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram