Giliran bekas kapten Kelantan pula bersuara isu masalah dalaman skuad TRW


  • Podium
  • Khamis, 06 Apr 2023

Zamsaham (tengah) merehatkan Moon-sik selepas kekalahan berterusan dan kesukaran komunikasi antara pemain dan barisan kejurulatihan. — Facebook/TRW Kelantan FC

BELUM pun reda dengan isu ejen Choi Moon-sik membuat pendedahan mengenai masalah dalaman yang berlaku dalam pasukan The Red Warrior (TRW), kini bekas kapten pasukan Kelantan FC, Zubir Azmi pula tampil menerusi laman Instagram meluahkan rasa tidak puas hatinya berkaitan isu tersebut.

Sebelum ini, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih mesra dengan panggilan Zamsaham mengeluarkan kenyataan berhubung isu yang sedang diperkatakan ramai itu.

WhatsApp Image 2023-04-06 at 4.27.36 PM

Antara pendedahan yang dibuat oleh ejen Moon-sik.

"Ya benar, saya buat keputusan merehatkan Choi selepas kekalahan berterusan dan kesukaran komunikasi antara pemain dan coaches selain tiada laporan prestasi dari ketua jurulatih.

“Saya kena buat keputusan ini sebagaimana saya saya jadikan Rezal Zambery ‘caretaker’ ketika ketiadaan Marco Ragini dahulu.

“Hampir kesemua pemain diperkenalkan oleh ejen, pengarah sukan atau dicadangkan oleh jurulatih pasukan kepada saya. Ada juga pemain yang mencadangkan pemain lain untuk bermain di TRW. Ketua jurulatih juga ada cadangkan beberapa pemain," katanya dalam satu kenyataan.

Zamsaham turut menafikan bahawa terdapat tunggakan gaji dalam kem Kelantan seperti yang didakwa oleh ejen dari Korea Selatan itu.

"Ya, semua pemain dapat gaji setiap bulan. Cuma selama tiga tahun ini saya jadi pemilik, faham sahajalah ada masa gaji masuk lambat seminggu-dua. Tapi kalau ada kata berbulan-bulan tak dapat gaji itu adalah fitnah," ujarnya.

WhatsApp Image 2023-04-06 at 3.25.02 PM

Tangkap layar InstaStory Zubir Azmi.

Namun selepas kenyataan yang dibawa keluar oleh Zamsaham pada Rabu, lebih banyak lagi masalah yang didedahkan oleh ejen Moon-sik dan bekas pemain sendiri.

Zubir Azmi menerusi Instagram seolah-olah memberi bayangan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Zamsaham itu tidak sama dengan situasi yang berlaku di dalam bilik persalinan.

"Terbaik punya putar, selagi boleh putar kita putar Halim."

WhatsApp Image 2023-04-06 at 3.25.03 PM

Tangkap layar InstaStory Zubir Azmi.

Kenyataan yang dibuat menerusi Insta Story oleh Zubir Azmi itu disertakan dengan pelbagai 'hashtag' antaranya ialah #kebenaran akan terbongkar sikit demi sedikit, #teraniaya dan #indah khabar dari rupa.

Untuk rekod, Zubir Azmi pada musim lalu mewakili Kelantan FC selama dua musim dan dilantik menjadi kapten pasukan.

Namun, pemain itu dilepaskan oleh pihak pengurusan selepas disahkan tidak berada dalam perancangan pasukan bagi Liga Super musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram