Jarang tengok Arif Aiman marah, fans berteka-teki punca sebenar


  • Podium
  • Khamis, 06 Apr 2023

Tangkap layar video insiden perbalahan Teong Kim bersama Arif Aiman.

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) mudah menewaskan Perak FC dengan jaringan 5-0 di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada Selasa untuk melebarkan kelebihan kepada lima mata berbanding pencabar terdekat, Sabah FC.

Kemenangan tersebut juga menjadikan JDT sebagai satu-satunya pasukan yang mengumpul 100 peratus kemenangan di saingan Liga Super pada musim ini selepas tujuh perlawanan, menjaringkan 30 gol dan dibolosi hanya sekali setakat ini.

Kemenangan mudah ke atas Perak FC pada Selasa turut dibayangi dengan layangan kad kuning kepada jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim (LTK) berikutan insiden yang berlaku pada minit ke-74 perlawanan.

Ketika itu bola terkeluar dari permainan, Arif Aiman meminta bola daripada Teong Kim untuk balingan ke dalam memandangkan bola dikeluarkan pemain Perak.

Tetapi balingan pantas bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) itu hampir mengenai kepalanya tetapi berjaya disambut pemain sayap kebangsaan itu.

Tindakan Teong Kim itu mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa pemain JDT termasuk Arif Aiman dan penyerang berbisa mereka, Bergson da Silva.

Pertengkaran tersebut berlanjutan sehinggalah pengadil melayangkan kad kuning kepada Teong Kim.

Arif Aiman pernah dibimbing oleh Teong Kim ketika berada di AMD.

Situasi itu nyata menarik perhatian penyokong bola sepak dan rata-ratanya mula berteka-teki dengan pelbagai komen dilontarkan terhadap insiden terbabit.

"Mungkin Teong Kim ada kata apa-apa yang tak baik dekat dia, itu yang dia melawan balik cakap LTK tak layak jadi jurulatih sebab emosi dan kuat naik angin," kata Rahimah Idris.

"Arif Aiman sekolahkan LTK balik erti bola sepak sebenar, sampai makan dalam LTK tengok bakat Arif Aiman.

"Terlepas dia nak labelkan Arif Aiman anak didik dia macam dia jual nama Thomas Muller," ujar Badlie Shah.

"Dendam macam tak lepas dari akademi Gambang, Pahang itu," jelas Anas Najmi.

IMG_20210117_174634

Arif Aiman merupakan graduan Akademi JDT.

Sebelum ini Arif Aiman pernah mendedahkan bahawa bakatnya kurang diberi perhatian oleh Teong Kim yang dahulu merupakan pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Pemain kelahiran Pahang ini turut menyatakan bahawa sewaktu dia beraksi di AMD, dia hanya menjadi pemain simpanan.

Bakatnya mula dicungkil ketika debut pertamanya bersama JDT ketika 14 Mac 2020 ketika menentang Felda United bagi saingan Liga Super 2020.

Dia yang juga graduan Akademi JDT diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh bekas jurulatih JDT iaitu Benjamin Mora.

Bermula daripada itu, Arif Aiman mula mendapat perhatian oleh Benjamin Mora dan dia terus diberi kepercayaan untuk beraksi dalam skuad utama JDT sehingga kini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram