Penyokong Harimau Kumbang idam penyerang Harimau Muda, naturalisasi kebangsaan musim depan


  • Podium
  • Isnin, 03 Apr 2023

Skuad Harimau Muda yang memenangi Piala Merlion bulan lalu. — Facebook/FAM

KEMENANGAN sulung Penang FC selepas enam perlawanan dalam Liga Super musim ini berjaya menewaskan Perak FC 3-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Jumaat dilihat mampu menjelmakan motivasi tambahan buat skuad Harimau Kumbang.

Harimau Kumbang yang kini dikendalikan oleh Mazoor Azwira kerana Ketua Jurulatih Penang, Chong Yee Fatt direhatkan oleh pihak pengurusan atas faktor kesihatan.

Walaupun baru pertama kali mengendalikan pasukan Penang FC musim ini, anak-anak buah Manzoor Azwira mula dengan langkah kanan selepas liga berehat bagi beri laluan kepada skuad kebangsaan.

Nik Akif Syahiran antara pemain yang paling menyerlah dalam perlawanan itu apabila disenaraikan dalam kesebelasan utama.

338687678_151514221180373_7959717771144221376_n

Nik Akif dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Facebook/Penang FC

Pemain kelahiran Kelantan itu turut mencatat nama sebagai penjaring selain pemain import Sony Saad dan Giovane Gomes.

Walaupun pasukan Penang tampil dengan corak menyerang, rata-rata penyokong masih belum puas dan ingin pihak pengurusan menandatangani beberapa pemain lain untuk memperkuatkan pasukan.

Antara pemain yang penyokong Penang ingin pengurusan bawa ialah penyerang Harimau Muda, Haqimi Azim dan pemain naturalisasi kebangsaan, Sergio Aguero.

“KL CIty FC tengah merosot, baik ambil peluang musim depan kalau dapat Haqimi itu berbaloi,” kata Sky Amigo

“Kalau ada bajet try Sergio Aguero Pahang itu, pair dengan Nik Akif,” jelas Mohammad Arif.

WhatsApp Image 2023-04-02 at 11.16.22 PM

Haqimi Azim dan Sergio Aguero.

“Bawa balik Endrick pun boleh, tapi bagus Hakimi itu untuk perancangan jangka masa panjang,” ujar Akeem Rosli.

“Aguero itu naik sebab Penang, kerana Penang dia dah berjaya sekarang Perak, Pahang, Malaysia sampai dapat IC Malaysia,” luah Zul Helmi.

Kini Penang FC menghuni tangga kelapan liga dan berkongsi mata bersama Perak FC di tangga kesembilan.

Penang selepas ini akan bertandang ke gelanggang lawan, Kedah Darul Aman FC dalam misi untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Stadium Darul Aman, Kedah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram