PASUKAN Harimau Malaya kendalian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon berjaya menewaskan Turkmenistan 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Khamis.
Berikutan kejayaan itu, Harimau Malaya memperoleh 5.27 mata dan secara tidak rasminya berada pada ranking ke-140 dunia dengan himpunan 1077.26 mata berdasarkan football-ranking.com.
Malaysia seterusnya akan bertemu Hong Kong pada 28 Mac depan yang kini berada di tangga ke-146, satu anak tangga di bawah Malaysia (sebelum ini kedudukan ke-145).
Pada perlawanan itu, ramai ternanti-nanti siapakah pemain yang akan dipilih Pan-gon untuk membarisi kesebelasan utama pasukan dengan beberapa pemain termasuk penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan Damien Lim masih belum membuat debut masing-masing.
Sikh Izhan antara pemain yang memiliki ketinggian dan saiz badan tegap yang amat diperlukan untuk mengawasi gawang pasukan daripada dibolosi lawan. — Facebook
Sehubungan itu, pada aksi menentang Hong Kong, ramai penyokong bola sepak tempatan mahu Pan-gon memberi peluang kepada salah seorang daripada mereka untuk memperlihatkan skil atas padang.
Ketika ini, nama Sikh Izhan menjadi pilihan kebanyakan penyokong skuad kebangsaan berdasarkan persembahan bertenaga yang dipamerkan penjaga gol Negeri Sembilan FC itu.
Beikut tiga sebab kenapa Pan-gon patut memberi peluang kepada Sikh Izhan untuk beraksi menentang Hong Kong.
1. Faktor fizikal
Sebagai penjaga gol, Sikh Izhan antara pemain yang memiliki ketinggian dan saiz badan tegap yang amat diperlukan untuk mengawasi gawang pasukan daripada dibolosi lawan.
Berdiri pada ketinggian 183 sentimeter, kelebihan fizikal itu sepatutnya tidak disia-siakan dan digunakan sebaik-baiknya oleh Pan-gon untuk menguji kecekapannya di pintu gol.
Jika diberi peluang, Sikh Izhan boleh memperoleh pendedahan awal di peringkat antarabangsa. — Facebook
2. Secekap Syihan Hazmi
Pemain pinjaman Selangor FC itu dilihat mempunyai ketangkasan menangkap bola secekap penjaga gol utama skuad Harimau Malaya, Syihan Hazmi yang berkhidmat dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT).
Walaupun dibolosi tujuh kali di peringkat saingan Liga Super, namun ianya bukanlah satu persembahan yang sangat teruk buat penjaga gol muda berusia 21 tahun itu.
Jika diberi peluang, Sikh Izhan yang baru pertama kali mendapat panggilan kebangsaan boleh memperoleh pendedahan awal di peringkat antarabangsa. Sudah tentu ia akan menjadi satu pengalaman yang akan mematangkan lagi Sikh Izhan pada masa akan datang.
Sikh Izhan merupakan penjaga gol Negeri Sembilan FC ketika ini. — Facebook
3. Pengalaman luas
Sikh Izhan juga pernah mendapat latihan dan menjalani sesi percubaan bersama kelab LaLiga 2, CF Fuenlabrada di Sepanyol selama seminggu pada 2021 semasa dia berumur 19 tahun.
Pengalaman berharga pemain muda itu wajar menjadi sandaran Pan-gon untuk memberi kepercayaan kepada Sikh Izhan untuk memulakan debutnya ketika menentang Hong Kong nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan