Menang lawan Fulham tapi legenda Man United tetap kecewa


  • Podium
  • Isnin, 20 Mac 2023

Keane tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh The Red Devils. — Agensi

LEGENDA Manchester United, Roy Keane mengkritik corak permainan bekas pasukannya itu yang dikatakan mengecewakan ketika menentang Fulham walaupun menang 3-1 di Stadium Old Trafford pada Isnin.

Walaupun berjaya menewaskan skuad The Cottagers, pemain veteran Red Devils itu jelas tidak berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan dalam perlawanan tersebut.

Ketika separuh masa pertama perlawanan, Fulham dikatakan mempunyai kelebihan dari segi penguasaan bola dan percubaan menjaringkan gol sehingga mereka berjaya mencetak gol pada minit ke-50 menerusi percubaan jarak dekat penyerang, Alexsander Mitrovic.

Namun, situasi aksi itu berubah apabila pemain sayap pasukan pelawat, Willian dilayangkan kad merah selepas dia didapati dengan sengaja menghalang percubaan Jadon Sancho menggunakan tangan.

Berang dengan keputusan itu, Mitrovic pula menjadi individu kedua dibuang padang selepas menolak pengadil, Chris Kavangh beberapa kali.

manu vs fulhamn

Manchester United layak ke separuh akhir selepas menewaskan Fulham 3-1 di Old Trafford. Agensi

Perkara itu memberi peluang kepada skuad The Red Devils untuk menjaringkan gol pada minit ke-75 melalui penalti Bruno Fernandes. Tidak lama selepas itu, Marcel Sabitzer juga menjaringkan gol ke dua pada minit ke-77.

Namun begitu, Roy Keane yang pernah membuat 473 penampilan untuk kelab itu mendakwa bahawa United seolah-olah mempunyai tabiat buruk dalam perlawanan itu dan memberi amaran jika mereka tidak mengubah sikap itu sudah pasti akan tewas ketika menentang Brighton.

Perkara ini dapat dilihat apabila Fulham lebih banyak menguasai bola sebelum pasukan pelawat mendapat gol pertama.

"Jelas sekali dengan Piala FA keutamaan adalah ke pusingan seterusnya tetapi dengan prestasi United ketika ini, saya masih fikir pengurus mereka akan kecewa dengan apa yang dilihatnya.

"Tetapi jika mereka tetap dengan tabiat buruk tersebut sudah pasti Brighton akan menewaskan Man United di separuh akhir," kata legenda berusia 51 tahun itu.

Juara Piala EFL 2023 itu akan berdepan Brighton pada saingan separuh akhir Piala FA manakala saingan Liga Eropah, Man United akan bertemu Sevilla dalam saingan suku akhir.

Kedua-dua perlawanan getir itu akan berlangsung pada April. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram