Import baharu Sang Badak jadi taruhan sekat JDT


  • Podium
  • Isnin, 20 Mac 2023

The Rhinos bakal membuat kunjungan ke SSI, Johor pada 31 Mac ini. — Facebook

KEMENANGAN Sabah FC menewaskan Penang FC 5-2 dalam aksi Liga Super pada Jumaat boleh dikatakan sebagai kemenangan mudah dan sudah dijangka ramai peminat.

Ujian sebenar anak buah Datuk Ong Kim Swee kini tertumpu pada perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) kini berada di kedudukan teratas dalam Liga Super dengan kutipan 15 mata memegang rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan.

Skuad The Rhinos dianggap mampu memberikan saingan yang sengit kerana Sang Badak juga beraksi cemerlang dalam Liga Super dengan kutipan 13 mata dan menduduki tangga kedua di belakang JDT.

Dalam lima perlawanan, Sang Badak menunjukkan taktikal yang agresif dalam melakukan serangan dan hasilnya berjaya mencetak 15 gol.

Selain itu, bahagian pertahanan skuad Sabah FC juga agak memberangsangkan kerana hanya bolos sebanyak lima gol.

WhatsApp Image 2023-03-19 at 20.55.50

Kwang-min, man of the match bakal menjadi taruhan berdepan JDT. Instagram/OfficialSabah

Dalam perlawanan menentang Harimau Selatan akan datang, pemain import, Ko Kwang-min perlu menggalas tanggungjawab yang berat kerana harus berdepan dengan jentera penyerang JDT yang dahagakan jaringan.

Dalam perlawanan menentang skuad Harimau Kumbang, Kwang-min dikatakan beraksi dengan cemerlang dan dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Disebabkan aksi yang memberangsangkan itu, Kwang-min pastinya akan menjadi taruhan Kim Swee untuk berdepan dengan Harimau Selatan.

"Suka cara dia main, pengawalan bola cantik, tenang, kalau di JDT tempat dia memang sesuai tapi kalau di Sabah masih banyak hantaran bola lambung," kata salah satu penyokong Mardi Mardi.

"Pemain yang tenang, bijak baca perlawanan, hantaran mantap, stamina boleh tahan, macam tidak pandai penat main 90 minit," kata Agku Aliff.

"Memang layak profesional yang tinggi, kawalan bola mantap," kata Mohd Nor Hj Saprah.

Kwang-min,34, pernah bermain di kelab Yangpyeong FC dilihat akan memberi harapan kepada Sang Badak untuk beraksi cemerlang dalam Liga Super.

Juara Liga Super 2022, JDT bakal menerima kunjungan daripada skuad Sabah FC pada 31 Mac di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram