Kesukaran bernafas antara risiko obesiti, apakah 'rawatan' terbaik?


  • Sihat
  • Jumaat, 17 Mac 2023

Pemakanan yang tidak sihat menyumbang kepada faktor obesiti. — Gambar Hiasan/Bernama

OBESITI merupakan keadaan kesihatan iaitu lemak badan berlebihan terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Berdasarkan Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Tahun 2011, mendapati sebanyak 33.3 peratus rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah berada dalam kategori pra-obes dan 27.2 peratus adalah obesiti.

Faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti ialah pengambilan makanan secara berlebihan daripada jumlah yang diperlukan oleh seseorang. Selain itu, faktor jantina, genetik, penyakit dalaman dan pengambilan ubatan seperti steroid turut menyebabkan obesiti.

Obesity warning. File photo dated 28/07/10 of an overweight man eating, as experts warned that people are plumping up at such a rate that by 2025 roughly a fifth of the human race will be obese. Issue date: Thursday March 31, 2016. Over a period of 40 years from 1975 to 2014 the number of men and women in the world classified as obese soared from 105 million to 641 million, research shows. See PA story HEALTH Obese. Photo credit should read: Dominic Lipinski/PA Wire URN:25956982

Kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit kronik yang sedang menular dalam kalangan masyarakat.

Obesiti membawa kepada implikasi yang buruk terhadap kesihatan dan ianya boleh meningkatkan seseorang itu berisiko untuk mendapat penyakit.

Antara penyakit yang berisiko tinggi ialah penyakit kencing manis, penyakit hati berlemak, sindrom metabolik, masalah tidur dan kesukaran untuk bernafas. Namun, penyakit jantung koronari, strok, lemah jantung, darah tinggi dan gout bagi mereka yang berisiko sederhana.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan iaitu:

Kawalan Pemakanan

Pengambilan kalori yang rendah dan makanan yang mengandungi kurang lemak adalah amat penting dalam strategi untuk menurunkan berat badan.

Senaman

Senaman memainkan peranan penting dalam proses penurunan berat badan di samping dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit.

Namun begitu, pesakit obesiti digalakkan mendapat pemeriksaan daripada doktor untuk menentukan tahap kesesuaian senaman berdasarkan umur, risiko penyakit dan hasil pemeriksaan fizikal.

Terapi tingkah laku

Matlamat terapi tingkah laku adalah untuk mengubah gaya dan cara pemakanan seseorang melalui sesi kaunseling pemakanan, kumpulan sokongan dan pemantauan diri sendiri terhadap gaya hidup yang sihat. Selain itu, terapi tingkah laku dapat membantu pesakit obesiti dalam rawatan penurunan berat badan.

Ubat-ubatan

Pengambilan ubat bagi tujuan mengurangkan berat badan adalah sebagai kaedah tambahan kepada kawalan pemakanan.

Ubat boleh digunakan untuk meningkatkan kepatuhan kepada kawalan makanan, membantu untuk mempercepatkan penurunan berat badan dan mengekalkan berat badan bagi pesakit yang berjaya menurukan berat badan.

Pembedahan

Kaedah rawatan secara pembedahan adalah seperti pintasan perut, gastroplasti dan pembedahan secara laparoskopik dengan memasukkan alat seperti cincin bagi mengecilkan saiz perut.

Kaedah sedutan lemak di bahagian abdomen bukan rawatan untuk obesiti tetapi ia bertujuan membuang lemak yang terkumpul.

Tambahan pula, antara pencegahan yang boleh diambil ialah melakukan senaman secara berkala, minum air secukupnya, elakkan mengambil makanan berat sebelum tidur serta makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram