Arsenal ada kelebihan — Guardiola


  • Podium
  • Isnin, 13 Mac 2023

Adakah Guardiola mampu membawa Manchester City ke arah kejuaraan EPL untuk tiga tahun berturut-turut. — Agensi

MANCHESTER City meneruskan perjuangan mereka untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga berturut-turut apabila mencatatkan kemenangan tipis ke atas Crystal Palace.

Sepakan penalti penyerang kelahiran Norway, Erling Haaland pada Ahads sudah cukup memastikan tiga mata dibawa pulang skuad The Citizens dalam pertembungan di tempat lawan.

Keputusan itu menyaksikan mereka hanya dipisahkan lima mata dengan pendahulu liga, Arsenal dengan kedua-dua pasukan sudah mengharungi 26 aksi liga.

Bagaimanapun, pengurus Manchester City, Pep Guardiola berpendapat semangat skuad The Gunners yang mahu menamatkan kemarau kejuaraan mereka sejak 19 tahun lalu merupakan satu kelebihan.

"Pada saya, Arsenal masih menjadi pilihan untuk menjadi juara tahun ini kerana mereka masih berada di hadapan dengan permulaan kempen dengan cukup baik.

"Ia merupakan satu motivasi untuk mereka mencari gol-gol kemenangan pada penghujung perlawanan, yang mana saya tidak dapat berasakannya musim ini," katanya.

WhatsApp Image 2023-03-13 at 15.45.00

Pertembungan kedua-dua pasukan sebelum ini menyaksikan skuad The Cityzen membawa pulang tiga mata. Agensi

Ketika ini, hanya Manchester City boleh dikategorikan sebagai pencabar EPL dengan pasukan di tempat ketiga, Manchester United sudah jauh ketinggalan.

Pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Emirates, London sebelum ini menyaksikan Guardiola mencuri tiga mata berharga yang juga memberi kesan terhadap persaingan sengit itu.

Skuad The Citizens bakal beraksi di pusingan 16 pasukan Liga Juara-juara UEFA (UCL) menentang RB Leipzig pada Rabu sebelum aksi suku akhir Piala FA berdepan Burnley.

Bagi Arsenal pula, mereka akan memastikan tiga mata bakal dibawa pulang ketika menerima kunjungan Crytsal Palace di laman sendiri pada Ahad. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram