Bukan Liverpool tapi The Citizens ada pencabar baharu — Guardiola


  • Podium
  • Selasa, 01 Nov 2022

Guardiola berkata, Newcastle boleh dianggap sebagai pencabar terdekat untuk merebut gelaran Liga Perdana. — Agensi

MANCHESTER City merasa sementara naik ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris, tetapi Pep Guardiola berhati-hati bahawa pasukannya mempunyai pencabar baharu untuk ditepis.

Manchester City kembali ke puncak buat sementara selepas mencatatkan kemenangan 1-0 di tempat lawan di Leicester hasil sepakan percuma yang menakjubkan daripada pemain tengah, Kevin de Bruyne.

Sekiranya Arsenal gagal menewaskan Nottingham Forest pada Ahad, maka The Citizens akan kekal di puncak carta hingga hujung minggu depan.

Begitupun, The Gunners berjaya membenam pasukan itu 5-0 yang meletakkannya kembali di kedudukan pertama Liga Perdana setakat ini.

Arsenal sebagai saingan terdekat Manchester City dalam kedudukan Liga Perdana mengejutkan penyokong lantaran ramai menjangkakan The Citizens sekali lagi akan bersaing dengan Liverpool untuk merebut gelaran juara.

miguel-almiron

Newscastle mempamerkan aksi mengagumkan sekali gus menjadi pesaing baharu kepada Manchester City. — Agensi

Bagaimanapun, sejak Liverpool menewaskan Manchester City dua minggu lalu, pasukan kendalian Jurgen Klopp itu mengalami kekalahan ketika menentang Forest dan Leeds, dan ketinggalan 13 mata daripada The Citizens.

Bercakap selepas kemenangan Manchester City di Stadium King Power pada Sabtu, Guardiola menegaskan bahawa pasukan itu mempunyai saingan lain yang perlu mereka risaukan iaitu Newcastle United.

Pada Sabtu, skuad Magpies itu menewaskan Aston Villa 4-0 untuk kekal di tempat keempat carta sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan.

Manchester City mengakui kehebatan Newcastle dalam perlawanan ketiga musim ini, apabila kedua-dua pasukan seri 3-3 di Stadium St James' Park. baru-baru ini.

"Mereka adalah pesaing. Pesaing untuk berada di sana (empat pasukan teratas)," kata Guardiola mengenai Newcastle.

Tambah Guardiola, pengurus Newcastle, Eddie Howe disifatkan sebagai pengendali yang bagus.

"Dengan pemain baharu yang datang ke kelab, melihat cara mereka bermain, anda tahu dia bagus," katanya.

Guardiola menegaskan bahawa City perlu menyedari bahawa Newcastle boleh dianggap sebagai pencabar untuk merebut gelaran Liga Perdana. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram