PEMAIN sayap Sri Pahang FC, Muhd Baqiuddin Shamsudin semakin menjadi bualan dalam kalangan penyokong fanatik skuad Tok Gajah di permulaan musim Liga Super 2023.
Hal ini selepas anak jati kelahiran Lipis, Pahang itu memberikan komitmen tinggi dalam usaha membantu meningkatkan kembali imej skuad Tok Gajah pada musim ini.
Pada masa sama, penyokong turut memuji prestasi pemain berumur 28 tahun itu ketika menentang Sri Pahang FC yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada 8 Mac lalu.
Walaupun tidak menjaringkan gol, penyokong berasakan kemenangan skuad kendalian Fandi Ahmad itu turut disumbang oleh Baqiuddin.
Perkara tersebut banyak berubah selepas dia kurang disenangi pada musim lalu atas beberapa sebab yang mengundang kritikan para penyokong.
Berikut antara kesilapan yang sering dibuat oleh Baqiuddin:
Baqiuddin tidak dapat memberikan persembahan terbaik musim lepas. — Facebook
1. Hilang fokus
Jika melihat pada prestasinya musim lalu, pemain itu kerap melakukan kesilapan ketika beraksi sehingga menyebabkan pasukan itu mengalami kekalahan ketika menentang pasukan lawan.
Pada masa sama, Baqiuddin dilihat hilang fokus pada saat-saat akhir permainan sehingga menyebabkan keserasian antara pemain tidak menjadi dalam skuad Tok Gajah.
2. Prestasi yang tidak konsisten
Pencapaian dan prestasi tidak konsisten pada musim lalu turut merupakan punca Baqiuddin kerap dikritik.
Akibat persembahan 'turun naik' Baqiuddin, pemain tengah itu menjadi duri dalam daging kepada pasukan kerana tidak dapat memberikan persembahan terbaik.
3. Tidak serasi dengan sistem permainan atau formasi sebelum ini
Keserasian yang kurang baik dengan sistem permainan atau formasi jurulatih pada musim lalu juga banyak mempengaruhi persembahan pemain itu.
Tanpa keserasian, dia tidak dapat menterjemahkan taktikal yang mahu diterapkan oleh jurulatih kerana masalah komunikasi atas padang.
Namun dengan peningkatan persembahan dan perubahan yang dipamerkan Baqiuddin, penyokong mula berasakan pemain itu mula menjadi aset kepada pasukan.
Berikut, tiga sebab pemain itu mula mendapat tempat dalam kalangan penyokong Tok Gajah.
Baqiuddin memiliki kelincahan dan kepantasan untuk membuat gerakan berbahaya. — Facebook
1. Prestasi semakin mantap
Permainan tonggak Sri Pahang FC itu semakin meningkat mungkin kerana pemain tersebut mendapat keserasian dalam kalangan pemain skuad musim ini.
Dia juga dirasakan lebih serasi di bawah bimbingan Fandi berbanding jurulatih lain sebelum ini yang mana, Pahang dikendalikan Christophe Gamel dan Datuk Dollah Salleh pada musim lepas.
2. Lincah
Pemain kecil-kecil cili padi itu memiliki kelincahan dan kepantasan untuk membuat gerakan berbahaya ke bahagian serangan.
Dengan saiz badan kecil, dia mampu menggelecek bola melepasi pemain untuk melepasi pertahanan dan mencipta ruang kepada pemain lain membuat gol.
3. Berdikari
Baqiuddin semakin matang dan berdikari dalam permainannya yang mana dia sudah pandai baca pergerakan rakan sepasukan setiap kali menjana serangan.
Diharapkan persembahan Baqiuddin terus konsisten hingga hujung musim untuk membolehkan skuad Sri Pahang FC di kedudukan lebih baik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram