BEKAS penjaga gol Penang FC, Ruslan Abd Rahim dikhabarkan dikejarkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) di sebuah hospital sekitar Pulau Pinang.
Perkara tersebut dilaporkan sebuah laman Facebook, Saya Orang Penaga - S.O.P dengan mengatakan Ruslan dikejarkan berikutan masalah kesihatan.
"Dimaklumkan bekas penjaga gol Pulau Pinang, Ruslan Rahim berasal dari Bakar Kapor, Penaga, Pulau Pinang dimasukkan ke wad ICU kerana penurunaan kadar oksigen dan perlu dialisis buah pinggang pada Jumaat.
Semoga Ruslan diberikan kesembuhan dengan kadar segera. — Facebook/Saya Orang Penaga
"Sama-sama kita doakan legenda kita untuk diberikan kesembuhan dengan segera," tulisnya.
Berdasarkan data yang diperoleh, pemain berkenaan pernah beraksi bersama pasukan Utara tanah air itu pada 1996 yang mana merupakan salah pencabar liga ketika itu.
Dia pernah beraksi bersama beberapa bekas pemain terkemuka Penang FC, termasuk pembantu jurulatih semasa, Manzoor Azwira Abd Rahim dan import dari Maghribi, Merzagua Abderrazak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram