Bukan tak mahu 'upgrade' padang, tapi ada sebab kelab Liga Super tidak sahut cadangan TMJ


  • Podium
  • Khamis, 09 Mac 2023

Padang SNBJ dilaporkan dalam proses untuk penukaran rumput kepada jenis Zeon Zoysia.

PERMUKAAN padang stadium yang digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini menjadi buah mulut dan kritikan beberapa pihak, berikutan tahap kualitinya yang dilihat kurang memuaskan.

Antara yang menyuarakan perkara itu adalah pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menggesa semua pihak terlibat, untuk menaik taraf padang stadium masing-masing kepada jenis rumput yang lebih berkualiti.

Beliau yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, rumput lembu atau 'cowgrass' tidak lagi sesuai digunakan dalam bola sepak moden.

Meskipun menyambut baik desakan itu, rata-rata penyokong kelab Liga M berpendapat bahawa, tidak semua pasukan mampu memiliki padang sendiri berikutan terpaksa berdepan dengan beberapa kekangan yang sukar dielak.

file6kw8jz030wp13ncsvb99

Antara aksi perlawanan Malaysia menentang Timor Leste pada Jun 2015.

Ini termasuk kebanyakan pasukan masih bergantung harap dengan hanya menyewa stadium hak milik Majlis Bandaraya negeri masing-masing.

Amirul Perakian berkata: "Bukan tak mahu buat. Bila buat padang baharu nanti jika ada event lain dianjurkan ingin menggunakan stadium yang sama. Jadi, satu kerugian dekat situ terpaksa berkongsi padang yang sama dan boleh jejaskan kualiti padang.

"Insya-ALLAH semoga pasukan-pasukan yang diswastakan yang sudah tidak lagi bergantung kepada dana kerajaan negeri mampu bina stadium sendiri satu masa nanti."

FlirSo7aEAExfxr

Kualiti padang SNBJ kurang memuaskan antara yang menjadi tumpuan pada tahun lalu. — Twitter Hannah Yeoh

Tulis El Hadi Ibnu Yunus: "Bukan semua pasukan yang bertanding dalam Liga M mampu memiliki stadium sendiri. Mungkin ada kelab yang mampu menaik taraf padang stadium tersebut, tapi kelab juga tak ada hak jika perbadanan stadium itu memberi sewa untuk aktiviti selain bola sepak."

Tambah Mohd Azurin: "Betul TMJ cakap, tapi kena tengok juga kebanyakan team pakai stadium negeri dan sewa bukan stadium sendiri. So, berkongsi event dari kerajaan negeri. Kalau stadium sendiri bolehlah. Patutnya pemilik stadium tu kena upgrade padang sebab penyewa dah bayar tiap game."

Sebelum ini, gelanggang keramat skuad Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur dilaporkan dalam proses untuk penukaran rumput kepada jenis Zeon Zoysia yang dijangka siap pada Oktober ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram