KAPTEN Kedah Darul Aman FC (KDA FC), akan beraksi dalam perlawanan Piala FA pada Rabu meskipun dilayagkan kad merah dalam aksi Liga Super menentang PDRM FC baru-baru ini.
Pengendali KDA FC, Nafuzi Zain turut akan bersama skuad Sang Kenari bagi saingan Piala FA menentang Penang FC di Stadium Darul Aman, Kedah pada Rabu.
Ini kerana penggantungan kedua-dua mereka hanya dijalankan dalam saingan Liga Super sahaja dan tidak termaktub di kejohanan Piala FA.
Perkara tersebut dikongsikan oleh KDA FC di menerusi laman sosial rasmi mereka pada Rabu.
Manuel Ott. — Facebook/KDA FC
Ini bermakna, kedua-dua figura tersebut akan membantu Kedah untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala FA sekali gus mencerahkan peluang untuk ke pentas Asia pada musim depan.
"Ramai mempersoalkan sama ada Nafuzi Zain akan bersama pasukan atau tidak malam ini (Rabu) rentetan kad merah yang dikutip dalam aksi Liga Super Sabtu lepas.
"Penggantungan automatik satu perlawanan dari kad merah hanya akan berkuatkuasa dalam kejohanan yang sama dan Nafuzi akan menjalani penggantungan dalam perlawanan Liga Super Isnin depan menentang Kelantan United FC di Kota Bahru, Kelantan.
"Malam ini (Rabu) Nafuzi akan bersama pasukan dalam perlawanan aksi kalah mati, begitu juga Manuel Ott yang boleh beraksi dalam kejohanan Piala FA Pusingan Pertama di Stadium Darul Aman, Kedah," katanya di Facebook.
Nafuzi Zain. — Facebook/KDA FC
Dalam pada itu penyokong Kedah memberi peringatan buat anak buah Nafuzi Zain agar tidak mudah termakan dengan provokasi yang dimainkan pihak lawan.
"Jangan naik 'syeikh' sudah malam ini kawal diri itu, apa-apa pun yang berlaku sabar fikir penyokong ini," kata Matt Dee.
"Harap tiada layanan kad merah malam ini (Rabu)," jelas Amir Ayan.
"Harap kuatkan mental malam ini, Kedah lawan Penang sejak dulu lagi panas tak kena gaya dan kerap berlaku provokasi," ujar Fauzi Othman.
Sebelum ini, Nafuzi dan Ott menjadi bualan penyokong bola sepak apabila mereka berdua dilayangkan kad merah di atas insiden yang menjadi kontroversi dalam aksi Liga Super ketika menentang PDRM.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan Kedah terpaksa akur tewas 0-1 hasil jaringan pemain lawan, Bruno Suzuki. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram