Kecoh bekas import Kelantan bersama bintang Brazil, Bos Zam terus dapat 'special request' penyokong


  • Podium
  • Rabu, 08 Mac 2023

Pasukan Brazil yang menjuarai kejohanan Piala Konfederasi 2013. — Agensi

"TOLONG adjust Hulk main dengan Kelantan FC musim depan Bos Zam."

Itulah permintaan penyokong The Red Warrior (TRW) apabila melihat gambar bekas pemain import mereka, Felipe Hereda berada di sebelah bekas penyerang kebangsaan Brazil, Hulk .

Difahamkan gambar itu ketika Hereda sedang dalam perlawanan menentang kelab Atletico Mineiro yang diwakili oleh Hulk baru-baru ini.

Perlawanan itu menyaksikan pasukan Democrata-MG yang diwakili Hereda tewas dengan keputusan 0-3 di halaman sendiri pada Sabtu lalu.

Felipe Hereda

Hereda (kiri) bersama Hulk (kanan) dalam satu perlawanan pada Sabtu lalu.

Siapa tidak mengenali Hulk? Seorang pemain yang bertubuh sasa serta mempunyai kelajuan yang tinggi dan pernah mencipta nama bersama beberapa kelab di Eropah, Amerika Selatan dan Asia.

Pemain berusia 36 tahun ini memulakan karier bola sepaknya di negara matahari terbit, Jepun dengan menyertai beberapa kelab di negara itu.

Kawasaki Frontale, Hokkaido Consadole Sapporo dan Tokyo Verdy antara pasukan yang pernah disertai Hulk sebelum berhijrah ke Eropah dengan menyertai FC Porto.

Nama Hulk mula menjadi perhatian dunia apabila dia berjaya membantu pasukan Brazil menjuarai kejohanan Piala Konfederasi 2013 yang mana menewaskan Sepanyol 3-0 dalam perlawanan akhir pertandingan itu.

Selepas berjaya membawa Brazil, Hulk mula menjadi bualan dalam komuniti bola sepak Eropah yang mana memperlihatkan bekas penyerang kebangsaan Brazil itu berhijrah ke Rusia untuk bersama Zenit St. Petersburg sebelum kembali ke Asia pada 2016.

Hulk kini bersama Atletico Mineiro.

Menurut penyokong Kelantan, barisan kekuatan skuad TRW pastinya lebih tajam dengan kehadiran Hulk ke Kota Bharu, Kelantan.

Namun ada juga terkilan dengan pihak pengurusan yang tidak menyambung kontrak Hereda meskipun beraksi baik musim lalu bersama Kelantan.

"Kalau Hereda ada mesti sedap ganding denga Mario Arques dekat tengah, sebabnya dia ini agresif sikit, senang kerja Maria nak pergi serang," ujar Fitri Ikhwan.

"Tolong bawa Hulk pula main dengan Kelantan musim depan," luah Hakim Hakimi.

"Kelantan rugi lepaskan Hereda, kalau bergandingan dengan Cifu mesti jadi bahagian tengah kita," jelas Aiman Atiq.

Pasukan Kelantan kini menduduki tangga ketujuh liga selepas mengahrungi tiga perlawanan dengan merekodkan tewas sebanyak dua kali dan menang satu perlawanan baru-baru ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram