Elak pentingkan diri aksi 'Northen Derby', Kedah perlu tanam 'team work' jika mahu mata penuh


  • Podium
  • Selasa, 07 Mac 2023

KDA FC akan melayani kunjungan Penang FC untuk bersaing dalam kejohanan Piala FA di Stadium Darul Aman pada Rabu.

'NORTHERN Derby' pastinya menjadi tumpuan penyokong bola sepak tempatan khususnya peminat dari utara tanah air.

Pertembungan di antara Kedah dan Penang pasti menjadi bualan penyokong apabila ia dijadulkan berlangsung pada Rabu di Stadium Darul Aman, Kedah.

Kedua-dua pasukan ini sudah tewas kepada lawan masing-masing dalam Liga Super pastinya mahu bangkit di kejohanan Piala FA.

Sudah pastinya Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain dan Ketua Jurulatih Penang FC, Chong Yee Fatt sudah menyiapkan perancangan tersendiri untuk memerangkap lawan masing-masing.

Bagi pasukan Kedah kelemahan yang dikenal pasti adalah mereka tidak bermain secara berpasukan ketika menentang The Cops.

Kedah

Perlawanan 'Northern Derby' diantara Kedah dan Penang akan berlangsung pada Rabu. Facebook/KDA FC

Situasi ini dapat dilihat kerana pemain-pemain Kedah cuba mempamerkan kemahiran individu masing-masing.

Ia tidak salah untuk menunjukkan 'skill' di atas padang tapi perlu dengan keadaan yang bersesuaian.

Sebagai contoh, mendahului pasukan lawan dengan jaringan 2-0 adalah masa yang sesuai untuk mempamerkan kemahiran individu masing-masing.

Sebelum itu kerjasama antara pasukan adalah kunci untuk mencari gol dengan baik, sebagai contoh dalam kejohanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bila pemain Liverpool, Mohamed Salah tidak mementingkan diri maka dua bantuan gol terjadi.

Tenang dan sabar adalah kunci kepada emosi, kawal perasaan dan jangan termakan dengan provokasi pihak lawan dan jika ini mampu diterjemahkan maka InsyaAllah akan ada keputusan positif. — Majoriti

Budak Bendang, Penyokong Ketegaq Hijau Kuning.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram