Langkah kanan skuad muda Perak FC menjawab persoalan penyokong


  • Podium
  • Jumaat, 03 Mac 2023

Perak mencatatkan kemenangan pertama dalam Liga MFL ke atas Kuching City. — Facebook/Perak FC

PENYOKONG Perak boleh bergembira apabila skuad muda The Bos Gaurus, Perak FC II berjaya mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan Kuching City FC dalam kejohanan Piala MFL di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak pada Jumaat

Perak FC II yang mendahului perlawanan dengan jaringan pada minit ke-20 ketinggalan apabila Kuching City bangkit menjaringkan gol pada minit ke-33 dan minit ke-55.

Namun selepas babak separuh masa kedua serta beberapa pertukaran daripada Ketua Jurulatih Perak FC II, Yusri Che Lah kembali bangkit apabila anak buahnya menjaringkan gol pada minit ke-70 dan minit ke-84.

Perlawanan itu berkesudahan 3-2 apabila Perak mencatatkan kemenangan pertama dalam Piala MFL ke atas Kuching City.

Kelibat bekas pemain kebangsaan Wan Zack Haikal turut berada dalam perlawanan itu yang mana menjawab persoalan penyokong Perak tentang kehilangannya daripada skuad utama The Bos Gaurus.

323287036_731771821830198_895067616828671060_n

Wan Zack Haikal (kanan). Faceboo/Perak FC

Rata-rata penyokong Perak FC gembira dengan kemenangan yang dilakar oleh skuad muda serta terkejut dengan kehadiran Wan Zack dalam perlawanan Piala MFL itu.

"Selama ini tertanya-tanya mana pergi Wan Zack, kenapa tak main-main, baru tahu dia dengan Perak ||, syabas dan tahniah semua," kata Adek Maneih.

"Wan Zack patut main Liga Super, pemain yang rajin dan ada pengalaman, rugi kalau dia main dengan skuad muda," jelas Mior Zakaria.

"Wan Zack mungkin dah cergas, tolong cepat-cepat serap ke dalam skuad utama," ujar Taufiq Mafalen.

"Kenapa Wan Zack join Perak FC II, kenapa tak main pasukan utama," soal Shah Boyan.

Ketika ini skuad utama Perak FC hanya mengutip satu mata dalam dua perlawanan liga lalu menduduki tangga ke-10 sekali gus berkongsi mata dengan Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram