'Era Bergson dah berakhir', bakal pemain kebangsaan mula tunjuk taring


  • Podium
  • Jumaat, 03 Mac 2023

Antara pemain import yang mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super.

LIGA Super 2023 kali ini pasti kita akan dapat menyaksikan banyak nama bakal mencatat sebagai penjaring gol terbanyak kerana kini terdapat 14 pasukan yang bertanding kesemuanya berbanding hanya 10 pada musim lalu.

Terutamanya pasti mata tertumpu kepada penyerang bagi setiap pasukan sama ada pemain tempatan mahupun import yang dahagakan jaringan sekali gus ingin memberi kemenangan kepada pasukannya.

Dengan jumlah 26 perlawanan kesemuanya bagi setiap pasukan, Liga Super 2023 bermula pada 24 Februari 2023 sehingga perlawanan akhir yang dijadualkan pada 17 Disember 2023.

Pada Jumaat, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan senarai penjaring terbanyak liga selepas dua aksi perlawanan, namun menjadi bualan peminat apabila tiada nama pemain Johor Darul Takzim (JDT).

334275300_3532536460323932_7571115327778862463_n

Senarai penjaring terbanyak Liga Super 2023 selepas dua perlawanan.

Senarai lima penjaring terbanyak setakat selepas dua perlawanan Liga Super:

1. Miguel Cifuentes (Kelantan) - 2 gol

2. Noor Al-Rawabdeh (Selangor) - 2 gol

3. Park Tae-Su (Sabah) - 2 gol

4. Paulo Josue (KL City) - 2 gol

5.Saddil Ramdani (Sabah) - 2 gol

Bergson 2

Bergson da Silva berjaya menggondol anugerah penjaring terbanyak liga apabila meledak 29 gol pada musim lalu.

"Bakal pemain kebangsaan perform dah dua gol dalam dua perlawanan boleh menarik perhatian Kim Pan Gon ini," kata Musliq Hadin.

"Era Bergson sudah berakhir, sudah tiba masanya untuk Noor Al-Rawabdeh menang kasut emas," jelas Que Alif.

"Amat pelik rasanya J tidak ada dalam senarai awal ini, sebab dah terbiasa nampak lambang J dalam apa jua kategori," ujar Mohd Hamdan.

Sebelum ini penyerang import JDT, Bergson da Silva berjaya menggondol anugerah penjaring terbanyak liga apabila meledak 29 gol pada musim lalu.

Bergson turut berjaya mencipta rekod baharu Liga Super apabila menjadi penjaring terbanyak di dalam satu musim di pertandingan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram