‘Bomoh Indonesia dah tiba’, fans TBG baca 5 mantera buat LTK sebelum layan rasukan Kijang Hijau


  • Podium
  • Khamis, 02 Mac 2023

Pada musim ini, skuad Seladang di bawah kendalian Teong Kim dilihat mempertaruhkan ramai barisan pemain muda.—Facebook/Perak FC

SELEPAS memasuki perlawanan kedua Liga Super 2023, pasukan Perak FC masih gagal untuk membawa pulang mata penuh setakat ini.

Untuk perlawanan pertama, rata-rata peminat tidak begitu terkesan dengan keputusan diperolehi memandangkan ia membabitkan pertemuan bersama kelab utama Liga Super iaitu Kedah, apatah lagi Skuad Seladang juga bermain dengan 10 pemain seawal minit ke-36.

Namun begitu, keputusan seri tanpa jaringan menentang PDRM FC dalam aksi perlawanan kedua pada Selasa mula menimbulkan keraguan terhadap keupayaan skuad kendalian Datuk Lim Teong Kim itu untuk bersaing di Liga Super.

Ini kerana ada peminat berpandangan skuad The Bos Gaurus (TBG) seharusnya mencapai prestasi lebih positif apabila bertemu pasukan yang bersama-sama dengannya mendaki ke tangga Liga Super daripada Liga Perdana seperti PDRM FC.

Malah, Teong Kim dalam temu bual sejurus selepas perlawanan juga seakan-akan hilang kata-kata untuk menjelaskan mengenai keputusan yang dicapai apabila dengan berseloroh mengatakan Perak FC memerlukan khidmat 'bomoh Indonesia' untuk menambah baik prestasi pasukannya.

Namun begitu, beliau berpandangan pemainnya sudah memberikan yang terbaik dalam aksi berkenaan, cuma nasib tidak menyebelahi mereka.

Capture

Tangkap layar hantaran di Instagram Bobie seakan-akan memberi maksud tersirat kepada skuad Seladang.

Susulan daripada itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin secara tersirat memberikan reaksi segera terhadap kenyataan itu melalui instagramnya.

Bobie memuat naik hantaran gambar memaparkan seorang lelaki sedang melakukan ritual perbomohan seakan-akan memberi mesej bahawa bomoh diminta sudah tiba untuk 'memberi khidmat'.

Perlawanan seterusnya yang bakal berlangsung pada Ahad ini menyaksikan skuad TBG sekali lagi bersaing dengan pendatang baharu Liga Super iaitu Kelantan United FC (KUFC) di gelanggang lawan pada Sabtu ini.

Berikut Majoriti menggariskan lima aspek dalam fikiran peminat yang perlu dilihat oleh skuad Seladang bagi menghadapi skuad Kijang Hijau:

1) Beri kepercayaan kepada pemain import

333657810_556465779780509_8525909676088352596_n

Potensi dimiliki barisan pemain import skuad TBG perlu digunakan sepenuhnya dalam kesebelasan utama. —Facebook/Perak Football United

Pada musim kali ini, skuad Perak FC dilihat rata-ratanya terdiri pemain muda tempatan yang menunggu masa untuk digilap potensinya melalui pendedahan terhadap minit perlawanan.

Namun begitu, untuk bersaing dengan lebih kompetitif bersama pasukan lain di Liga Super, keseimbangan skuad dari segi umur dan pengalaman adalah sesuatu yang tidak boleh diambil mudah.

Apatah lagi pasukan lain rata-ratanya menampilkan barisan pemain import dan berpengalaman di peringkat domestik.

Disebabkan itu, penting untuk skuad Perak memberkan sepenuh kepercayaan terhadap kesemua pemain import yang dimiliknya dengan menempatkan mereka dalam kesebelasan skuad utama perlawanan.

2) Tingkatkan kecergasan pemain

333657810_556465779780509_8525909676088352596_n

Barisan kejurulatihan seharusnya memberikan tumpuan terhadap aspek kecergasan pemain bagi memastikan prestasi ditampilkan lebih konsisten sepanjang perlawanan.—Facebook/Perak Football United

Dalam dua perlawanan sebelum ini, skuad Seladang dilihat menghadapi kesukaran untuk mengekalkan tempo permainan sepanjang 90 minit permainan.

Pemain dilihat mengalami kepenatan apabila memasuki separuh masa kedua sehingga menyebabkan corak permainan ditampilkan menjadi agak longgar dan tidak tersusun.

Sehubungan itu, pihak pengurusan seharusnya memberikan tumpuan terhadap aspek kecergasan pemain bagi memastikan prestasi ditampilkan lebih konsisten sepanjang perlawanan.

Pelaksanaan taktikal diterapkan juga seharusnya mengambil kira tahap kecergasan skuad Seladang.

3) Corak permainan agresif, tingkatkan penyudah

334267515_1626455454469077_4434891686009959100_n

Hadi Fayyadh mempunyai tugas besar dalam mencipta jaringan dan seterusnya memberikan motivasi terhadap pemain lain.—Facebook/Perak Football United

Sebagai pasukan menggunakan pendekatan berpasukan dalam taktikalnya tanpa memfokuskan pergantungan terhadap mana-mana pemain tonggak, Perak FC seharusnya lebih agresif dalam merencanakan serangan.

Perancangan dan pengurusan perlawanan juga perlu dititikberatkan agar pemain tidak kepenatan dan seterusnya membenarkan pihak lawan mengambil kesempatan atas situasi tersebut.

Dalam pada itu, barisan penyerang juga perlu lebih klinikal dalam menghasilkan jaringan dengan tidak mensia-siakan peluang terhidang.

Justeru, penyerang utama Perak FC, Christian Obiozor dan Hadi Fayyadh mempunyai tugas besar dalam mencipta jaringan dan seterusnya memberikan motivasi terhadap pemain lain.

4) Kenal pasti taktikal pihak lawan

332356381_878417096573713_8794047077610200257_n

Barisan kejurulatihan diterajui Teong Kim perlu bijak dalam mengenal taktikal terbaik yang mampu membantu skuad Seladang memperoleh kemenangan. Facebook/Perak Football United

Beberapa pertemuan di saingan Liga Perdana pada musim sebelum ini ketika menentang KUFC tidak boleh dijadikan penanda aras untuk Perak FC sebelum menghadapi perlawanan pada Sabtu ini.

Ini kerana transformasi dilakukan Teong Kim terhadap skuad Seladang menyaksikan ia benar-benar tampil dengan identiti baharu.

Namun begitu, situasi tersebut menyebabkan Perak FC menjadi sebuah pasukan yang sukar dibaca corak permainannya dan membolehkan ia hadir dengan kejutan.

Bagaimanapun, barisan kejurulatihan perlu mengenal pasti terlebih dahulu taktikal dan kelemahan dimiliki skuad Kijang Hijau bagi membantu barisan pemain beraksi dengan panduan lebih jelas.

5) Misi hidup mati dapat 3 mata sulung

332395159_759869008813184_751364079381179533_n

Beberapa perlawanan terdekat ini menjadi platform terbaik membina keyakinan barisan pemain untuk menghadapi musim penuh liga.Facebook/Perak Football United

Empat perlawanan seterusnya merupakan peluang yang seharusnya digunakan Perak FC untuk meraih sebanyak mata diperlukan.

Ini kerana perlawanan mendatang menemukan Skuad Seladang dengan pendatang baharu Liga Super dan pasukan yang berada di kedudukan bawahan liga pada musim lepas.

Kesempatan tersebut seharusnya digunakan sebaik mungkin sebelum mereka berhadapan dengan pesaing liga yang lebih kuat seperti kelab gergasi, Johor Darul Takzim dan tiga lagi pasukan di kelompok terbaik carta iaitu Sabah FC, Terengganu FC serta Negeri Sembilan FC.

Pertemuan dengan nama-nama besar itu sudah tentunya menyukarkan skuad Seladang mencuri sebarang mata dan natijahnya, Perak akan terus menjadi 'lauk' kepada pasukan lawan dan terperosok di kelompok tercorot liga.

Oleh itu, beberapa perlawanan terdekat ini juga seharusnya menjadi platform terbaik untuk Teong Kim membina keyakinan barisan pemain untuk menghadapi musim penuh liga.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram