'Tell your brother to pay your salary' antara 3 momen Liridon dapat teguran 'kasih sayang' oleh TMJ


  • Podium
  • Isnin, 27 Feb 2023

TMJ membawa Liridon sertai JDT pada 2019. — Facebook/JDT

SIAPA tidak kenal dengan perintis bola sepak moden negara, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dengan sikap teguran pedasnya demi kebaikan bola sepak di Malaysia.

Kadangkala TMJ turut memberikan teguran 'kasih sayang' kepada pemain-pemainnya jika sesuatu perkara itu menjejaskan nama baik pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Malah, teguran TMJ kepada pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi bukan lagi perkara baharu apabila ia sering berlaku sejak dia bermain bersama Kedah lagi.

Liridon secara rasminya kembali ke Malaysia dan bersama pasukan Terengganu FC bagi musim 2023 selepas menandatangani kontrak sebagai pemain pinjaman dari JDT dengan kontrak satu tahun.

Namun ketika hari perlawanan Piala Sumbangsih pada Jumaat, Liridon memuat naik satu hantar yang mendapat perhatian TMJ.

Ini tiga momen yang Liridon dapat teguran 'kasih sayang' oleh TMJ:

Tangkap layar Instastory TMJ.

1. 'Tell your brother to pay your salary'

Sebelum sepak mula perlawanan pembukaan liga bola sepak Malaysia di antara JDT dengan Terengganu FC pada Jumaat

Liridon mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan sepasukan di laman media sosial Instagram miliknya.

Sebelum perlawanan Piala Sumbangsih antara kedua-dua pasukan, Liridon mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan sepasukan di laman media sosial Instagram miliknya.

“Selamat maju jaya rakan sepasukan, sayangnya, saya tidak dapat bersama pada aksi kali ini. Jangan putus asa, kita mampu melakukannya,” kata Liridon di Instagram.

Perkara ini nyata kurang disenangi oleh TMJ yang mana beliau memberitahu Liridon Krasniq agar mengingatkan pasukannya ketika ini agar membayar gajinya.

“Beritahu rakan sepasukan kamu untuk membayar gaji kamu,” kata TMJ.

Berkemungkinan ucapan yang dibuat oleh Liridon itu seolah-olah membelakangi pasukan utamanya iaitu JDT.

Sebagai rekod, pemain naturalisasi negara itu tidak dapat diturunkan ekoran syarat pinjaman yang dipersetujui kedua-dua pasukan yang mana pemain JDT yang berstatus pinjaman tidak boleh beraksi menentang skuad Harimau Selatan.

Status InstaStory itu begitupun tidak lagi dapat dilihat di Instagram TMJ, mungkin sudah dipadam namun ia tetap tular di laman sosial.

Liridon sertai JDT pada 2019. — Facebook/JDT

2. 'Liridon, De Paula ibarat beli barangan antik'

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa JDT masih mengekalkan dua pemain naturalisasi kebangsaan sedangkan mereka hanyalah pemain tumpangan dalam JDT.

TMJ sebelum ini pernah menyatakan beliau menganggap langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merekrut dua tonggak naturalisasi iaitu De Paula dan Liridon sebagai satu kesilapan.

Dalam satu temu bual bersama penyokong, TMJ pernah mendedahkan kenapa dia membawa Liridon dan De Paula ke dalam pasukan JDT.

“Saya rekrut mereka kerana takut ada kelab lain mempunyai extra pemain import, kemudian saya suruh dia duduk diam-diam,” kata TMJ dalam temu bual itu.

Perkara itu turut mendapat respons penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, situasi TMJ dalam merekrut pemain naturalisasi negara disifatkan sebagai orang kaya membeli barang-barangan antik.

"Bagi pendapat saya situasi TMJ ini ibarat orang banyak duit yang mahu memiliki barang antik, walaupun kita tahu benda itu tiada kegunaan untuk diri kita tapi masih ada nilai tersendiri.

Tangkap layar twitter TMJ.

3. Liridon 'legend' Kedah?

Di sinilah bermulanya teguran TMJ apabila Liridon pernah mendakwa dia merupakan legenda skuad Hijau Kuning ketika mewakili pasukan itu pada 2015 hingga 2018.

Ketika itu heboh peminat bola sepak Malaysia membincangkan ‘self proclaimed’ oleh Liridon yang menggelarkan dirinya legenda Kedah.

“Kepada semua keluarga Kedahku, dengar di sini elok-elok, ini legenda kamu, Matdon bercakap," kata Liridon ketika memberikan ucapan perpisahan di Facebook.

Ucapan itu ternyata mendapat perhatian TMJ yang menyatakan beliau mengiktiraf Baddrol Bakhtiar sebagai legenda Kedah yang sebenar, bukannya Liridon.

TMJ memuat naik satu ciapan di Twitter menyatakan tidak pernah lihat pemain bola sepak 'claim' diri mereka legenda.

“Saya tak pernah lihat lagi pemain bola sepak mengiktiraf diri mereka legenda.

“Seorang legenda itu akan memberikan inspirasi, legenda memenangi trofi, legenda tak akan menyalahkan orang lain, dan legenda tak akan bergaduh dengan rakan sepasukan.

“Dan legenda Kedah yang sebenar ialah Baddrol Bakhtiar," ciap TMJ di Twitter. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram