'Gameplay membosankan', penyokong tak puas hati walaupun JDT benam TFC


  • Podium
  • Jumaat, 24 Feb 2023

JDT menewaskan Terengganu FC dengan jaringan 2-0. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Takzim (JDT) sekali lagi muncul juara Piala Sumbangsih selepas menundukkan Terengganu FC 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Jumaat.

Ini merupakan kejayaan ketujuh berturut-turut JDT menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah sekali gus melebarkan rekod sembilan kejuaraan Piala Sumbangsih selepas memenanginya sejak edisi ke-2015.

Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri, JDT ternyata lebih dominan dan banyak menguasai padang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

JDT membuka akaun jaringan pada minit ke-4 selepas Juan Muniz menerima hantaran daripada Bergson da Silva.

Manakala pada minit ke-56 giliran Bergson pula untuk membuka tirai Liga Malaysia sebagai penjaring apabila berjaya menyudahkan hantaran daripada Arif Aiman.

Tahun lalu, JDT menewaskan KL City dengan jaringan 3-0.

333120050_1580597119117294_1408912695993385012_n

JDT membuka akaun jaringan pada minit ke-4 selepas Juan Muniz menerima hantaran daripada Bergson da Silva.

Walaupun berjaya mengekalkan Piala Sumbangsih, nampaknya rata-rata penyokong JDT tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan oleh Harimau Selatan itu.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen Facebook rasmi JDT, ada yang menyatakan corak permainan musim lalu lebih menarik berbanding sekarang.

"Gameplay membosankan, tak macam musim lalu, main home pun macam ini kalau main away belum tentu menang, harap ada perubahan nanti," kata Ahmad Bukhari.

"Goal pun sebab banyak pemain Terengganu tengok, nasib sahaja," ujar Anas Najmi.

"View buat sakit tengok, dahlah JDT main macam tak ada game plan, Leandro dengan Corbin kena ada," jelas Nordin Ahmad.

"JDT kena masukkan Leandro dengan Corbin baru sedap game," jelas Frendfor Ever. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram