Ikut jejak Pan-gon, 8 pemain Korea atur langkah berkelana ke Liga Malaysia


  • Podium
  • Sabtu, 25 Feb 2023

Kim Pan-gon. — Agensi

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) memulakan sepak mula dan 14 kelab Liga Super tampaknya sudah lengkap membentuk pasukan bagi memburu tiga kejuaraan utama yang ditawarkan bagi musim 2023.

Dengan pengenalan sembilan pemain import yang dibenarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bermula musim ini, pasukan jelas memanfaatkan kesempatan untuk membariskan pemain import yang terbaik bagi membantu memperkasa kekuatan pasukan masing masing.

Kehadiran pemain import baharu di dalam Liga Malaysia sememangnya merancakkan suasana Liga Super pada musim ini.

Logo baharu kejohanan Liga Malaysia.

Berdasarkan semakan menerusi pelbagai sumber seperti pengumuman rasmi pasukan dan laman sesawang, lima pasukan setakat ini memaksimumkan penggunaan pemain import dengan mengikat sembilan pemain import termasuk mengekalkan pemain import daripada musim terdahulu.

Pasukan tersebut ialah Juara Liga Super sembilan kali berturut turut, Johor Darul Takzim (JDT), Kelantan FC, PDRM FC, Kuala Lumpur City dan Penang FC.

Namun apa yang lebih menarik apabila sebanyak lapan pemain import dari Korea Selatan mengikuti Ketua Jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon bagi mengembangkan karier dalam Liga Malaysia.

Ini merupakan senarai nama lapan pemain dari Korea Selatan yang menyertai Liga Malaysia musim ini:

Perak FC

Trio import Perak FC yang berasal dari Korea Selatan. Facebook/Perak FC

1. Perak FC

- Lee Joo-han (Pemain tengah)

- Seo Sun-ung (Penyerang)

- Sim Hyun-ki (Pemain pertahanan)

WhatsApp Image 2023-02-24 at 10.00.58 PM

Ko Kwang-min (kiri) dan Park Tae-su (kanan).

2. Sabah FC

- Ko Kwang-min (Pemain pertahanan)

- Park Tae-su (Pemain pertahanan)

1911634

Yi Chan Kang (kiri) dan Min-kyu Kim (kanan).

3. Kelantan FC

- Yi Chan Kang (Pemain sayap)

- Min-kyu Kim (Pemain pertahanan)

Penang

Sae-hee Ahn musim lalu beraksi di Vietnam. Agensi

4. Penang FC

- Sae-hee Ahn (Pemain pertahanan)

Melihat kepada persiapan beberapa pasukan pada musim ini, ada antara mereka yang dilihat mampu mencabar JDT daripada terus berada di takhta Liga Super selama sembilan tahun lamanya.

Berdasarkan kekuatan skuad yang ada dan menerusi penilaian di atas kertas, antara yang mampu menjadi pencabar adalah Terengganu FC (TFC), Selangor FC dan KL City FC.

Tiga pasukan ini jelas perlu membuktikan betapa mereka boleh menjadi 'pencabar sejati' dan berupaya menekan JDT sehingga ke pusingan terakhir Liga Super nanti.

Apa yang mahu disaksikan adalah persaingan sengit sehingga di penghujung musim dan harapnya, ada 'plot twist' di penghujung cerita dan bukan lagi kisah pasukan memburu tempat kedua semata-mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram