Penggempur ‘flop’ Man United, Chelsea sekali lagi dikaitkan dengan JDT, ramai kata cuma ‘marketing’ ejen


  • Podium
  • Rabu, 22 Feb 2023

Barisan pemain-pemain Manchester United pada 2013/14.

PENYERANG kebangsaan Colombia, Radamel Falcao sekali lagi dikaitkan dengan pasukan juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) sebelum jendela perpindahan ditutup pada Khamis.

Sebelum ini Falcao pernah menghadirkan perasaan teruja dalam kalangan penyokong bola sepak apabila sebuah laporan media antarabangsa pernah mengaitkan Falcao bersama JDT.

Umum mengetahui JDT kini sudah melengkapkan kuota pemain asing yang dibenarkan oleh MFL, namun TMJ turut menyatakan bahawa salah seorang import mereka akan dinaturalisasikan sebagai rakyat Malaysia.

“Ada lagi tiga, dia ini Malaysian nanti dan nama pun tangan ghaib,” komen TMJ dalam ruangan Instagram.

Namun baru-baru ini, seorang ejen bola sepak terkenal, Morris Pagniello memuat naik satu gambar yang menimbulkan spekulasi Falcao ke JDT sebelum jendela perpindahan di tutup pada Khamis.

Hantaran tersebut turut mendapat respon TMJ dengan tanda suka berserta komen pada posting itu.

1

Falcao yang beraksi bersama Rayo Vallecano telah melakukan 18 penampilan.

Kini Falcao sedang beraksi bersama Rayo Vallecano dalam La Liga dan kontraknya dijangka tamat pada Jun 2023.

Berkemungkinan Falcao ke JDT akan terjadi semasa jendela perpindahan kedua dibuka selepas Endrick dos Santos dinaturalisasikan oleh JDT dan dia ketika itu mungkin merupakan ejen bebas.

Ini bukan kali pertama JDT dikaitkan dengan Falcao malah TMJ turut pernah menghubungi pemain itu pada Ogos 2021, namun JDT pada ketika itu menafikan membuat tawaran kepada penyerang berusia 37 tahun itu.

2

Tangkap layar TMJ sedang membuat panggilan video bersama Falcao

Turut pernah menyarung jersi Porto, Manchester United, Chelsea, Atletico Madrid dan Monaco, Falcao yang masih beraksi di Sepanyol telah melakukan 18 penampilan.

Kemungkinan untuk Falcao menyertai JDT tidak boleh ditolak, mengambil kira kontrak pemain itu bersama Vallecano yang berbaki 4 bulan.

Jika menyertai JDT sebelum sepak mula Liga Malaysia 2023, Falcao harus terlebih dahulu memuktamadkan status kontraknya bersama Vallecano.

Cuma pada masa sama, ada juga pemerhati bola sepak yang beranggapan ia cuma teknik marketing Morris Pagniello bagi membantu meningkatkan harga pasaran Falcao khususnya kelab-kelab dari rantau Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram