Kuota dah cukup, penyokong TRW 'pelik' nampak kelibat import Jepun berlatih


  • Podium
  • Jumaat, 24 Feb 2023

Kelantan FC melengkapkan sembilan kuota pemain import.

PASUKAN Kelantan FC sudah melengkapkan sembilan kuota pemain import sekali gus memberikan ‘isyarat’ mereka bersedia sepenuhnya untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Pemain asing yang menyertai mereka adalah Cifu (Sepanyol), Kim Min-gyu, (Korea Selatan), Kang Yi-chan (Korea Selatan), Nuha Marong (Gambia), Mario Arqués (Sepanyol), Carli De Murga (Filipina), Ismahil Akinade (Nigeria), Christian Rontini (Filipina) dan Leonardo Rolon (Argentina).

Walaupun sudah mempunyai pemain import yang cukup namun masih ada seorang pemain asing dari Jepun dilihat masih menyertai latihan pasukan TRW.

Perkara tersebut menjadi persoalan penyokong adakah pemain itu akan didaftarkan pada jendela perpindahan kedua ataupun hanya sekadar menyertai latihan bersama TRW.

Pemain tersebut dilihat memakai jersi bernombor 24 dan sedang menerima arahan daripada Pembantu Jurulatih, Rezal Zambry Yahya baru-baru ini.

332755523_3064169747220185_2256730808853004169_n

Tangkap layar pemain import Jepun menjalani latihan bersama TRW.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai melontarkan pelbagai pandangan terhadap import itu.

"Susah juga nak cari lain, tengok permainan pertama lepas itu asyik buang import walaupun masih baharu," kata Rizal Husin.

"Mungkin tumpang berlatih dah itu, sementara nak balik negara dia," ujar Wan Amirul Arif.

"Pemilihan lain tandatangan lain, kelab bola sepak memang biasalah macam itu," jelas Aiman Bahri.

Kelantan akan membuka tirai liga menentang Kuching City di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram