Khuzaimi Piee sedia pikul tanggungjawab sebesar Gergasi Merah


  • Podium
  • Ahad, 26 Feb 2023

Khuzaimi menyertai skuad The Red Giants dari NSFC pada Januari lalu. — Instagram/KhuzaimiPiee

LEBIH besar kelab itu, lebih banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tetapi bek tengah Selangor, Ahmad Khuzaimi Piee akui ia adalah cabaran untuknya.

Khuzaimi yang menyertai Red Giants dari Negeri Sembilan pada Januari lalu sudah tidak sabar untuk membuat penampilan pertamanya bersama Selangor dalam perlawanan menentang Kelantan United dalam Liga Super di Stadium Petaling Jaya pada Ahad.

Pemain kebangsaan itu mula menyerlah pada musim lalu hasil aksi cemerlangnya untuk Harimau Malaya dan Negeri Sembilan, Khuzaimi dijangka menjadi tonggak utama di bahagian tengah pertahanan.

“Bermain untuk Selangor satu tanggungjawab yang besar dan saya perlu melakukan yang terbaik.

“Persediaan pasukan adalah baik dan mereka bersedia untuk mengharungi musim ini dengan baik. Permulaan dengan kemenangan akan meningkatkan nasib kita.

“Saya sudah pulih daripada kecederaan hamstring selepas Piala AFF Mitsubishi. Saya telah bermain banyak perlawanan semasa pramusim dan gandingan dengan semua pemain pertahanan adalah baik.

“Kami tidak akan memandang rendah Kelantan United walaupun mereka bermain di divisyen dua tahun lalu. Matlamat kami adalah untuk meraih kemenangan di tempat sendiri,” kongsinya.

WhatsApp Image 2023-02-26 at 12.48.10

Khuzaimi dijangka menjadi tonggak utama di bahagian tengah pertahanan. — Instagram/KhuzaimiPiee

Tonggak berusia 29 tahun itu berharap untuk kekal sebagai pemain tetap dalam pasukan kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon dengan persembahan mantap dalam liga.

Selain Khuzaimi, beberapa pemain juga cuba memikat hati Pan-gon untuk diserap masuk ke skuad kebangsaan dan merebut posisinya termasuk rakan sepasukannya Sharul Nazeem Zulphakar dan Harith Haiqal Adam Afkar.

“Saingan akan menjadi sengit kerana terdapat ramai pemain berkualiti dalam setiap pasukan tetapi saingan ini bagus untuk kami.

“Jurulatih Kim memberi saya peluang, dan saya mahu membalas kepercayaan itu dengan persembahan yang konsisten dalam liga,” ujarnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram