KEDAH Darul Aman (KDA) FC memulakan langkah kanan dalam aksi Liga Super apabila membawa pulang tiga mata penuh selepas menundukkan Perak FC 4-1.
Aksi yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak itu bermula rancak selepas pasukan kendalian Datuk Lim Teong Kim mendahului seawal minit ketiga menerusi jaringan Ikhwan Hafizo.
Namun, skuad Sang Kenari tidak mudah berputus asa dengan terus bangkit menerusi jaringan Lee Tuck dan penalti yang disudahkan penyerang kelahiran Brazil, Willian Lira
Mereka kemudiannya terus mengasak untuk menjaringkan gol ketiga menerusi Ariff Farhan sebelum seorang lagi penyerang, Jonathan Balotelli mendapatkan jaringan terakhir bagi memastikan kemenangan bergaya milik KDA FC.
Keputusan tersebut pastinya membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong Perak FC yang mengharapkan kepulangan mereka ke divisyen teratas bola sepak tempatan membuahkan hasil.
Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan di media sosial, mereka tidak meletakkan tekanan buat skuad The Bos Gaurus (TBG) walaupun pulang dengan tangan kosong.
"Terbaik Perak kerana hanya menurunkan dua pemain import dan boleh menyaingi Kedah yang memiliki ramai pemain import," kata Locman Hakimi.
"10 pemain muda dan ada yang bawah 23 tahun tetapi berdepan KDA FC, ia keputusan yang boleh diterima. Buat masa sekarang, OK dah dengan tekanan, lebih-lebih lagi apabila mereka dikenakan kad merah," kata Ridzuan Azhari.
Dalam perlawanan berkenaan, Perak FC terpaksa beraksi dengan sembilan pemain selepas Haziq Fuad dan Sunday Afolabi dilayangkan kad merah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram