Rekrut baharu Sabah FC enggan pandang rendah kemampuan Sang Saka Biru


  • Podium
  • Sabtu, 25 Feb 2023

Mampukah Sabah FC membawa pulang tiga mata berharga ketika berdepan PDRM FC pada Sabtu? — Facebook/Sabah FC

PENYERANG sayap Sabah FC, S Kumaahran mengingatkan rakan sepasukannya supaya tidak memandang rendah kemampuan lawan pertama mereka untuk musim ini, PDRM FC.

Kumaahran yang menyertai skuad Sang Badak dari Petaling Jaya (PJ) City FC berkata, ini kerana pasukan tersebut sudah melakukan perbelanjaan besar-besaran sepanjang jendela perpindahan.

"Kita tidak boleh memandang rendah terhadap pasukan itu. Walaupun mereka sebelum ini beraksi dalam Liga Perdana, ia tidak bermakna mereka lawan yang lemah.

"Mereka sudah menandatangani beberapa pemain baharu yang cukup bagus termasuk Uche Agba dan Bruno Suzuki yang memiliki pengalaman beraksi dalam Liga Malaysia," katanya.

S. Kumaahran in action during training. - Photo by Sabah FC

Kumaahran pasti mengharapkan debut bersama Sabah FC ketika menentang PDRM FC. Facebook/Sabah FC

Kedua-dua pasukan itu bakal berentap untuk membawa pulang tiga mata pertama dalam aksi yang akan berlangsung di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu.

Dalam masa sama, Kumaahran turut berpendapat pasukannya juga tidak kurang hebatnya apabila sudah melakukan persiapan rapi di samping rekrut-rekrut baharu juga sudah menyesuaikan diri dengan cukup baik.

Bagi menyiapkan diri bagi musim baharu, Sabah FC membawa masuk beberapa pemain tempatan baharu, seperti Darren Lok dari PJ City FC dan Irfan Zakaria dari Kuala Lumpur (KL) City FC.

Untuk kuota import pula, skuad Sang Badak mengisi kuota berkenaan dengan penyerang sayap kelahiran Brazil, Jailton Paraiba dan bekas pemain Kelantan United FC, Jacob Njoku.

Mereka turut menjalani beberapa aksi pemanas badan sepanjang tempoh pramusim dengan pertembungan bersama pelbagai kelab luar negara, seperti Odense Boldklub dari Denmark dan Geylang International FC dari Singapura. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram