Lisandro Martinez akui bintang Brazil Arsenal antara penyerang paling liat pernah dihadapinya


  • Podium
  • Sabtu, 25 Feb 2023

Martinez merupakan antara tonggak The Red Devils sejak kehadirannya musim panas lalu. — Agensi

MESKIPUN baru sahaja berusia 25 tahun, pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez sudah mengumpul banyak pengalaman dalam kariernya.

Sebelum menyertai skuad The Red Devils, pemain bertubuh kecil itu pernah berkhidmat bersama gergasi Belanda, Ajax dan beberapa kelab kecil di negara kelahirannya, Argentina.

Tidak cukup dengan itu, Martinez juga berpeluang mewakili negaranya sebanyak 15 kali, termasuk ketika kejohanan Piala Dunia 2022 dan Copa America.

Jadi, walaupun kariernya masih singkat, dia sudah berpengalaman berdepan penyerang yang cukup berbisa dengan tanggungjawab berat perlu digalas Martinez bagi membendung serangan pihak lawan.

Jesus-compressed

Kehadiran Gabriel Jesus serba sedikit membantu kebangkitan Arsenal. — Agensi

Namun, dalam wawancaranya bersama agensi media antarabangsa, bek tengah kental itu mengakui pemain antarabangsa Brazil, Gabriel Jesus sebagai antara lawan paling sukar yang pernah dihadapinya.

Kedua-dua pemain itu pernah bertembung ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford, Manchester pada 4 September lalu yang mana berkesudahan 3-1 buat Manchester United.

Tetapi, Jesus ketika ini terpaksa disisihkan daripada pasukan selepas bergelut dengan isu kecederaan yang mana dihadapinya ketika berdepan Manchester City dalam saingan Piala Liga.

Penyerang berusia 25 tahun itu sudah menjaringkan lima gol dan lima bantuan dalam 14 penampilan untuk membantu skuad The Gunners menduduki tangga teratas liga ketika ini.

Bagi Martinez pula, kehadirannya jelas memberi sinar harapan buat penyokong Manchester United apabila tidak perlu menunggu lama untuk menyesuaikan diri di England. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram