Barcelona, Man Utd akan buat 'comeback' — Xavi


  • Podium
  • Jumaat, 17 Feb 2023

Xavi dan Ten Hag kini mempunyai ramuan tersendiri untuk mengembalikan zaman kegemilangan kedua-dua pasukan. — Agensi

PENGENDALI Barcelona, Xavi melabelkan Manchester United sebagai salah satu pasukan terbaik Eropah selepas mencatat keputusan seri 2-2 di Camp Nou dalam saingan Liga Europa.

Bekas pemain Barcelona itu percaya bahawa pasukannya dan United bakal kembali menjadi pesaing terhebat selepas beberapa tahun menghilang.

Peringkat pusingan pertama kalah mati Liga Europa pada pagi Jumaat adalah jauh berbeza daripada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2009 dan 2011 apabila Barca dan United bertemu masing-masing di Rom dan London untuk dinobatkan sebagai pasukan terbaik Eropah.

Kedua-dua pasukan pasukan berjaya bangkit dan masih menjadi pilihan utama bagi semua perlawanan UEFA yang dimainkan minggu ini.

Apatah lagi dengan keputusan seri 2-2 menyebabkan kedudukan terikat dengan baik menjelang perlawanan kedua di Old Trafford pasti menjanjikan perlawanan yang tidak mengecewakan.

"Ia adalah permainan yang sangat sukar, sangat sukar, dengan banyak keamatan dan keghairahan.

"Saya rasa kami perlu berbangga kerana kami bersaing dengan sangat baik sehingga ke penghujung. Kami boleh menang dalam dua peluang terakhir, tetapi kami menentang pasukan teratas di Eropah.

"Saya rasa kedua-dua pasukan berada lebih kurang dalam kedudukan yang sama dan percaya bahawa kami akan kembali. Saya berkata kepada Erik (Ten Hag) 'tahniah', kerana pasukannya bermain dengan sangat baik dan mereka adalah Manchester United.

"Ia boleh menjadi perlawanan akhir, separuh akhir, suku akhir mungkin pada masa depan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), tetapi kini kami berada di Liga Europa dan kami akan kembali.

"Hari ini kami menunjukkan prestasi terbaik kami, sangat baik. persembahan kedua-dua pasukan," kata Xavi memetik kepada BT Sport. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram