PENGADIL mampu mengubah perlawanan dan itulah yang berlaku pada perlawanan akhir Piala FA 2019 apabila MFL memperkenalkan kaedah penggunaan pengadil import di pentas final saingan domestik buat julung kalinya.
Mengimbau kembali perlawanan tersebut seperti pernah dilaporkan portal MakanBola, sentuhan pertama pemain gantian, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam sebaik sahaja dimasukkan memastikan kemenangan 1-0 Kedah Darul Aman ke atas Perak FC pada aksi final Piala FA itu.
Ketika itu, pengadil dari Jepun, Takuto Okabe mewarnai pentas final Piala FA 2019 yang menemukan dua jaguh sensasi Utara di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Okabe yang turut dibantu dua penjaga garisan, Yagi Akane dan Nomura Osamu boleh dianggap cemerlang sepanjang perlawanan. — Agensi
Perkara itu mencipta sejarah baharu selepas Okabe menjadi pengadil pertama dari luar negara ditugaskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengadili aksi final dalam kancah bola sepak tempatan.
Secara keseluruhan perlawanan tersebut, prestasi Okabe yang turut dibantu dua penjaga garisan, Yagi Akane dan Nomura Osamu boleh dianggap cemerlang sepanjang perlawanan.
Perlawanan berjalan dengan sangat lancar tanpa sebarang keputusan kontroversi yang mana pengadil dari negara matahari terbit itu mendapat pujian dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia.
Berikut merupakan 5 impak positif yang boleh dilihat hasil sentuhan pengadil import berkenaan pada waktu itu:
Okabe sangat tenang dan hanya melakukan eye contact kepada pemain yang tidak bersetuju dengan keputusannya. — Agensi
1. Tidak membazir masa
Pengadil utama perlawanan itu dilihat tidak membazir masa menerangkan sesuatu kesalahan kepada pemain, hanya kesalahan-kesalahan besar dan sukar yang digunakan oleh Okabe untuk menerangkan sesuatu sepanjang perlawanan berlangsung.
2. Tiada keputusan kontroversi
Tiada penalti mudah, tiada pergaduhan melampau dan tiada aksi membuang masa yang melampai batas seperti yang sering terjadi di dalam Liga Malaysia (Liga M) apabila diadili pengadil tempatan.
3. Tidak melebih-lebih menunjukkan kuasa
Berbanding pengadil Malaysia yang didakwa kerap menunjukkan kuasanya kepada pemain, Okabe sangat tenang. Dia hanya melakukan eye contact kepada pemain yang tidak bersetuju dengan keputusannya.
Apabila hal ini terjadi, pemain sedar dengan sendirinya bahawa itu memang kesalahan mereka tanpa perlu tunjuk kuasa dan tak tidak menunjukkan sebarang perubahan reaksi muka garang sekali pun.
Impaknya, perlawanan berjalan lebih lancar dan keputusan pengadil menjadi lebih konsisten apabila pemain menerima keputusan dengan hati yang tenang.
Okabe menjadi pengadil pertama dari luar negara ditugaskan FAM untuk mengadili aksi final. — Agensi
4. Reaksi fizikal yang jelas
Reaksi tangan Okabe sangat jelas dan profesional, ketika perlawanan menghampiri minit-minit terakhir, pemain Perak cuba mencuri perhatian pengadil untuk meminta penalti apabila bola kelihatan terkena tangan pemain Kedah, lantas Okabe dengan jelas menunjukkan tangannya “NO PENALTY!”.
Pada saat itu, Okabe betul-betul berdekatan kotak penaltI, seolah-olah melihat perlawanan Piala Dunia, pengadil sangat responsif dan sedar reaksi pemain yang dia bakal terima jika menunjukkan sikap sambil lewa pada saat itu.
5. Tambahan masa
Jarang kita lihat perkara ini di Liga Malaysia. Okabe sedar yang pemain Kedah cuba melambat-lambatkan masa ketika perlawanan menghampiri penamatnya.
Tiada tambahan masa rasmi diberikan namun Okabe menganjak perlawanan hampir dua minit berikutan kecederaan pemain Kedah ketika penghujung perlawanan.
Kedua-dua pasukan kelihatan berpuas hati dengan keputusan pengadil ketika itu. Diharapkan MFL dapat menggunakan khidmat pengadil import dalam perlawanan-perlawanan penting seperti ini termasuk final Piala FA 2022 antara Terengganu FC dan Johor Darul Takzim.
Selain dapat menyaksikan perlawanan dengan tenang, pengadil dari Malaysia sewajarnya dapat belajar sesuatu dari pengadil luar negara seperti Okabe. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram