'Bintang dalam pembikinan,' produk JDT bikin Kim Pan-gon pening kepala


  • Podium
  • Selasa, 23 Ogos 2022

Daryl Sham mula dicanang-canang sebagai pelapis bahagian serangan JDT. — Facebook/JDT

SELEPAS beberapa tahun melabur dalam projek akar umbi dan berjaya menggilap bakat muda seperti Ramadhan Saifullah dan Arif Aiman Hanapi kini seorang lagi produk akademi Johor Darul Takzim (JDT), Daryl Sham menjadi sebutan penyokong bola sepak tempatan.

Melakukan debut bersama skuad utama JDT dalam perlawanan Piala FA menentang BRM FC pada 13 Mac dan berjaya menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-82 perlawanan nyata memberikan gambaran awal dia merupakan bintang baharu JDT.

Sejak musim 2021 bersama JDT II dalam Liga Perdana, pemain kacukan Malaysia-Filipina ini sudah mula dicanang-canang sebagai pelapis bahagian serangan JDT kelak apabila menampilkan prestasi cemerlang bersama pasukannya.

Nyata tanggapan penyokong bola sepak itu tepat apabila pemain tengah berusia 19 tahun ini tersenarai dalam kelompok 10 penjaring terbanyak Liga Perdana dengan jaringan tujuh gol selepas 16 perlawanan pada musim ini.

Daryl Sham boleh bermain di posisi tengah dan serangan tetapi menurut laman sesawang, Transfermarkt posisi asal pemain tersebut ialah pertahanan.

300246560_7842629565809480_471200708320337223_n

Senarai penjaring terbanyak dalam saingan Liga Perdana. Facebook/MFL

Menerusi komen di Facebook, rata-rata penyokong bola sepak mengagumi prestasi cemerlang pemain kebangsaan bawah 23 tahun itu yang tersenarai dalam penjaring terbanyak Liga Perdana.

"Harap Kim Pan-gon pertimbangkan untuk membawa masuk Nurshamil Abd Ghani dan Daryl Sham dalam skuad kebangsaan Harimau Malaya," ujar Ajis Sofia.

"Dah boleh bagi Daryl Sham peluang untuk dibawa ke Piala AFF Suzuki, kalau perform boleh bawa ke Piala Asia, tengok dia main macam okay juga," jelas Kim Ryuza.

"Daryl Sham itu memang bintang dalam pembikinan, jaga-jaga ada yang memerhati tapi persoalannya budak-budak AMD tak ada pula," kata Iwan Naim.

"Harap Daryl boleh dapat 10 gol bagi baki perlawanan Liga Perdana," luah Airol Mokta.

300181328_2367723386724280_3528724433370080400_n

Daryl berjaya menjaringkan dua gol ketika menentang PDRM FC pada Ahad. Facebook/JDT

Baru-baru ini, penjaring kedua terbanyak JDT II selepas Fernando Rodriguez yang berhijrah ke pasukan Persis Solo (Indonesia) ini berjaya menambah dua koleksi gol menentang PDRM FC dalam perlawanan Liga Perdana pada Ahad.

Dalam perlawanan tersebut JDT II berjaya menumpaskan PDRM 3-0 dan mengekalkan kedudukan di tangga kedua liga dengan dibezakan tiga mata di belakang Kelantan FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram