EMPAT sekeluarga berdepan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang pada awal pagi Khamis.
Difahamkan kesemua mangsa berjaya di keluarkan dengan bantuan orang awam selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan kereta jenis Mercedes Benz.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 1.08 pagi.
"Ketika tiba di lokasi, di dapati berlaku kemalangan menyebabkan kereta jenis Perodua Axia itu terbakar.
"Anggota kemudian melakukan kawalan dan kerja pemadaman api yang berjaya dikawal 12 minit kemudian," katanya.
Pasukan penyelamat katanya, dimaklumkan bahawa mereka yang terperangkap dalam kenderaan itu dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
"Seramai empat individu yang menaiki kereta itu diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba," jelasnya.
Difahamkan mangsa yang terselamat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan manakala pemandu sebuah lagi kenderaan tidak mengalami kecederaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram