'Tak nak normalizekan fitnah', rakyat 'back up' Anwar Ibrahim saman Awang


  • Massa
  • Khamis, 23 Feb 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim yang menuduhnya seorang pendendam.

Awang yang merupakan bekas timbalan menteri sebelum itu menuduh Anwar seorang pendendam yang ‘lebih teruk’ daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dakwaan Awang itu berkait dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM6.9 juta dihadapi Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan baru-baru ini.

Wan Saiful merupakan ketua penerangan Bersatu dan dia meletakkan jawatan tersebut pada Rabu.

Datuk Awang Hashim.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Anwar supaya rakyat tidak terbiasa dengan isu-isu berkaitan fitnah.

Selain itu, ada juga yang mengatakan tindakan Anwar itu lebih bagus daripada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi masa kepada Awang untuk membuat permohonan maaf.

"Tak nak normalizekan fitnah dalam kalangan rakyat, kalau tak sampai bila-bila tak ambil pengajaran," kata @Qis_mukhlis.

"Kalau dia zalim tak saman dah, dia hantar sahaja skuad khas gegar rumah Awang, ikat kaki tangan tutup mata, ini dah kira bertimbang rasalah itu siap bagi tiga hari notis," jelas @Ipannn.

"Jangan nak pusing cerita, kena saman bukan sebab kritik, tapi memfitnah, sampai bila nak biarkan orang buat fitnah hingga merosakkan negara," ujar @Batuberendam.

"Mahathir tak pernah saman siapa pun yang kata orang lawan dia, tapi dia sumbat terus dalam penjara," luah @HabibieGm.

Wan Saiful mohon letak jawatan Ketua Penerangan Bersatu.

Dalam LOD sama peguam Anwar berkata komen dibuat Awang adalah tidak benar, membebankan, mengelirukan dan tidak munasabah serta berniat jahat.

Katanya kenyataan itu dibuat untuk memburukkan imej Anwar di mata orang ramai sama ada di dalam atau luar negara sehingga ia mendedahkan perdana menteri kepada kebencian dan penghinaan.

Menurut LOD tersebut Anwar tidak pernah campur tangan dalam sebarang siasatan oleh agensi penguatkuasaan di negara ini, justeru tiada pendakwaan terpilih dibuat seperti yang dituduh Awang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram