Selepas Syamer Kutty, bintang muda JDT pula kena 'mention' dalam projek TMJ


  • Podium
  • Ahad, 19 Feb 2023

Arif Aiman (kiri) antara tonggak utama pasukan Harimau Selatan bagi mengharungi saingan Liga Super 2023. — Facebook

JUARA Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Takzim (JDT) tentunya ada sesuatu yang baharu untuk diketengahkan musim ini bagi meneruskan rentak positif mereka dalam arena bola sepak tempatan.

Malah bukan lagi satu rahsia apabila pemilik kelab Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) bakal memperkenalkan satu projek baharu untuk pemain-pemainnya.

Sebelum ini, TMJ memberikan bayangan berhubung projek itu apabila memaklumkan akan memasukkan pemain tengah JDT, Syamer Kutty yang baru pulih daripada kecederaan lutut.

TMJ ARIF

Nampaknya bukan pemain itu sahaja yang akan berada dalam projek baharu TMJ selepas baginda turut memberi hint akan memasukkan bintang muda JDT, Arif Aiman Hanapi dalam projek berkenaan.

Ini selepas TMJ meninggalkan komen berbunyi "new project" pada entri klip pengenalan jersi Harimau Selatan musim 2023 yang dimuat naik semula oleh Arif Aiman di Instagram peribadinya.

Arif Aiman turut membalas komen TMJ dengan tulisan berbunyi, "Junjung titah Tunku,"

Para penyokong JDT juga nampak semakin teruja dengan apa yang akan dilakukan oleh TMJ terhadap kelab elit kendalian ketua jurulatih, Esteban Solari dalam mengukuhkan kejuaraan dan kecemerlangan pasukan itu.

330929923_570878131607249_940142394442154009_n

Arif Aiman menyandang gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan bagi dua musim berturut-turut. — Facebook

Setakat ini tiada bayangan berhubung pengenalan projek berkenaan, namun ada kemungkinan ia berkaitan pertemuan baginda dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon pada Sabtu.

Sebelum in, FAM mengesahkan gelanggang keramat JDT, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) antara lokasi pilihan sebagai venue perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan pasukan kebangsaan.

Kandang Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup untuk kerja-kerja penanaman rumput baharu jenis Zeon Zoysia bagi menggantikan rumput lembu (cow grass) bermula pada bulan Mac ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram