Fayadh antara 7 anak jati Kedah perlu ikut cara latihan legenda Sang Kenari


  • Podium
  • Jumaat, 10 Feb 2023

Skuad bimbingan Nafuzi dibarisi ramai pemain yang berasal dari Kedah berbanding pemain daripada pasukan lain.

BEKAS pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Solehin Kanasian Abdullah atau lebih dikenali sebagai K Soley mendedahkan dia tidak mengharapkan latihan daripada jurulatih semata-mata ketika beraksi dengan skuad Sang Kenari.

Legenda Hijau Kuning yang pernah membarisi skuad emas double treble tahun 2007 itu berkata, dia mengambil inisiatif membuat latihan sendiri di rumah.

"Training ni bukan daripada coach saja, sendiri pun kena buat. Jangan dok harap coach saja, kita kena usaha sendiri jugalah.

"Apapun usaha atas pemain itu sendiri...sebahagian (training) daripada coach kita ikut lah, selepas daripada tu, usaha kita sendiri, kalau kita tak usaha, tak dapat," katanya menerusi rakaman interviu di Facebook Analisis Tangga Ayam.

K Soley yang pernah mendapat bimbingan daripada jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah berkata, meskipun berada dalam skuad terkuat Sang Kenari ketika itu, tiada jalan pintas untuk mengecapi kejayaan.

"Kami bukan terus naik, start main daripada bawah, daripada Piala Milo naik kepada Piala Presiden.

"Dari situ depa (team) coach Azraai scout bakat-bakat muda untuk bermain di liga lebih tinggi," katanya.

K Soley yang pernah mewakili skuad kebangsaan turut berbakti membantu Kedah memenangi Piala Malaysia 2007 selepas menewaskan Perlis 4-2 menerusi sepakan penalti.

Rata-rata penyokong Kedah berpendapat pemain-pemain muda skuad Sang Kenari di bawah bimbingan ketua jurulatih, Nafuzi Zain patut mencontohi semangat juang dan dedikasi seperti yang ditunjukkan K Soley.

Pemain muda seperti Aiman Afif, Amirul Hisyam, Loqman Hakim dan Fayad Zulkifli harus menggandakan usaha masing-masing supaya mampu mempamerkan prestasi tinggi seterusnya berjaya dalam sukan bola sepak.

329581775_757829942011358_6040730394971625788_n

Skuad Kedah menjalani aksi jelajah pramusim di Turkiye. — Facebook

Tidak ketinggalan anak-anak jati Kedah lain dalam skuad Hijau Kuning musim ini iaitu Mohamed Heshamudin, Ariff Farhan dan Kamil Akmal.

"Betul macam K Soley tu kata... aku setuju 100 peratus. Pemain muda Kedah patut ada latihan sendiri. Upgrade kan diri sendiri. Tingkatkan prestasi.

"Tak boleh harap dalam padang saja. Luar padang pun patut ada latihan sendiri juga," kata Matt Dee.

Bagi skuad Kedah musim ini, Nafuzi mahu mengetengahkan lebih ramai pemain yang berasal dari Kedah berbanding pemain dari pasukan lain.

“Saya mementingkan anak jati Kedah sendiri, itu yang paling penting,” kata Nafuzi dalam sidang media pertamanya sebagai jurulatih Kedah.

Kedah menjalani aksi jelajah pramusim di Turkiye selama 10 hari membabitkan pasukan dari Kazakhstan, Uzbekistan dan Ukraine. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram